Monday, August 08, 2011

Refleksologi La Pulak !

Salam,

Dekat sekolah saya dah aada batu refleksologi beb. Jangan jeles la...(bukannya korang akan jeles pun kan) Huhu..sebenarnye batu refleksologi ni memang bagus kalau letak kat Pendidikan Khas ni..bagi budak budak pagi pagi jalan kat atas batu ni...biar hilang sakit sakit dalam badan tu. =) 

Entah apa fungsinya refleksologi ni , saya kurang arif. Jadi inilah jawapan ringkas dari sumber di bwah ni ya...

lupa nak credit nama...ter-exit laman web tadi. sorry.
Sumber 1 : Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini

Sumber 2 : Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.

 batu refleksologi kat sekolah kami

kecik je port refleksologi ni..kalau ada budget..boleh la buat satu taman kan ! 
sorry la kurang budget la !

Budak budak belum test lagi naik atas ni..tak sabar nak paksa diorang..mesti dorang jerit jerit sakit punye hehehe..nak buli anak anak murid jalan atas ni esok !
 

Designed by Alieff Artwork