Produk Simply Siti Haram ? Betul ke ?!

Simply Siti Haram ?
Jangan buat tuduhan melulu.

Dakwaan kononnya berus pemerah pipi yang digunakan dalam produk SimplySiti (SS) menggunakan bulu babi tidak berasas, kata penyanyi tersohor negara yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Siti berkata, beliau dikejutkan dengan satu dakwaan menerusi sebuah blog, kelmarin yang menyatakan berus terbabit diperbuat daripada bulu babi.

Untuk pengetahuan orang ramai, semua produk SS sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), justeru ia memperoleh kelulusan Halal secara sah.

Ingin saya tegaskan, produk SS, termasuk berus yang digunakan, mendapat pengesahan Halal, malah kami tidak pernah terbabit dengan isu yang dibangkitkan dalam blog berkenaan iaitu menggunakan bulu babi, katanya.

Menurut Siti, tercetusnya dakwaan terbabit disebabkan pemeriksaan awal dilakukan Jakim ke atas sebuah kilang yang berpangkalan di Korea Selatan bagi meneliti penghasilan produk SS.

Ketika pemeriksaan dilakukan, satu berus yang digunakan untuk aktiviti pembersihan kilang ditemui di kawasan terbabit tetapi tidak digunakan dalam pembuatan produk SS.

Untuk memastikan tiada unsur syubhah (meragukan) dalam produk dihasilkan, kami segera membuat penyucian dan menyamak kilang terbabit 100 peratus bagi memastikan tiada apa-apa yang tidak suci di situ.

Apa yang ingin ditegaskan ialah, samakan dibuat sebelum proses pembuatan produk lagi dan kilang yang dijadikan tempat penghasilan diyakini bersih dan suci,

Siti menegaskan, pihaknya memberi jaminan produk SS yang berada di pasaran mematuhi peraturan halal Jakim.

Ingin ditegaskan bahawa Jakim tidak pernah mengambil tindakan undang-undang, menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal produk SimplySiti kerana semua produk kami diyakini 100 peratus bersih dan mematuhi peraturan Jakim, katanya.

Katanya, jika kesucian produk SS diragui, beliau tidak teragak-agak menarik diri daripada pasaran dan tidak menjualnya kepada pelanggan.

Menjadi cita-cita dan impian Siti untuk memastikan produk SS halal, suci dan berkualiti. Jika sesuatu produk adalah yang terbaik untuk pengguna, Siti sanggup membuat apa saja dan terus berusaha memperbaiki sebarang kekurangan walaupun usaha itu mengambil masa dan membabitkan kos lebih tinggi.

Siti menjelaskan, pihaknya terpaksa memberi kenyataan media lebih awal memandangkan terlalu banyak spekulasi berhubung perkara itu.

Siti tampil memberi kenyataan bagi mengelak salah faham orang ramai dan mahu melindungi imej produk yang dituduh menggunakan berus babi, katanya.

Tegasnya, dalam masa terdekat pihaknya akan mendapatkan kenyataan Jakim supaya perkara itu dapat diperjelaskan dan tidak meragukan pengguna produk kosmetik berkenaan.

Siti berharap Jakim akan menerangkan kedudukan sebenar. Memandangkan isu ini timbul secara mengejut, pihak SS akan menemui Jakim secepat mungkin.

Siti memohon orang ramai tidak membuat spekulasi kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian produk kami, katanya.

Pemilik blog terbabit, dipercayai guru, mendakwa menerima satu surat daripada Jaip yang dihantar ke sekolahnya mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia, termasuk SimplySiti Sdn Bhd.

Surat itu dikatakan dikeluarkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Murad Abd Mutalib.

Tidak cukup dengan itu, pemilik blog berkenaan mendakwa di Facebook, dia mendapat pengesahan daripada Jaip bahawa semua maklumat di blognya adalah sah dan perlu dihebahkan.

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

P/s : Korang ada guna produk Simply Siti tak ? Camne ... best tak ? BOleh jadi cantik macam makcik siti tak ? 

Comments

  1. aku pernah guna sample bb creme and kwn aku pernah bli lipgloss..mmg sedap weii pakai..puas hati sgt..haha tu pndgn aku lah yg dh pernah guna =)

    ReplyDelete
  2. thanks...for nice .....commitment,,,

    ReplyDelete
  3. it can be a good idea for the users. thanks

    ReplyDelete
  4. ni yg aq jumpa dlm fb.


    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=230113530358819&set=a.230113020358870.49560.100000805215212&type=1&pid=602103&id=100000805215212

    ReplyDelete
  5. Please visit my site
    http://www.halalcoffee.co.uk/

    ReplyDelete

Post a Comment