Pages

Saturday, August 20, 2011

Pejabat Baru, Jiwa Baru.

Salam,

Tadi ada cikgu cikgu dari sekolah lain yang masuk tengok condition kami di unit PPKI yang baru bertapak di sekolah ni...kata mereka, jeles sebab mereka takde tempat special macam ni...ohhh, kami pun dah cukup bersyukur diberi tempat lebih selesa macam ni. Kalau tak sebelum ni...dengan panas, sempit, takde meja kerusi yang baik, semua tu dugaan. Sekarang selesa sikit bila semuanya dah disediakan sikit demi sikit...

Aktiviti hari sabtu ni, pagi pagi tadi ada ceramah kat sekolah. Lepas ceramah tu saya ambil kesempatan kemas sikit bilik guru yang berwajah baru ni. Meja meja guru ada orang sponsor...walaupun second hand je, diterima penuh rela. Semua yang kami guna, semua second hand tau..takde yang baru pun..tapi, bersyukur je.

tempat duduk cikgu neon sebelum make over ~ huhu...teringat perangai seseorang yang suka sangat mengemas barang...bila kemas mesti cantik..tapi kalau saya kemas takde nampak beza pun !

kerusi kuning macam fenomena BERSIH kan =P ni sebelum make over ok...

tadaaa ! ini meja cikgu neon selepas make over. ada perubahan tak ? hahaha ini pun puas duk susun sana sini untuk tak nampak semak sangat...rasa nak tambah rak buku bawah meja..

cantiklah ! bantal gajah tu spare laa...kalau ngantuk ke free time ke boleh tidur bawah meja hahahaha =P

ikan laga kesayangan ku...dan buku buku anak murid

buku buku rujukan dan buku latihan

kipas turun temurun, dulu abang long guna masa dia study lagi...sekarang ada kat sini pulak =)

takde rak buku lagi..so susun cincai macam ni saja

pemangkin semangat jiwa raga hahaha

bantal hikmat...lalalaa...peluk stiap pagi~

segala jenis perkakas bawah meja...lepas ni mesti penuh bawah meja tu..

sangkar spare shemie dengan ninja dah ada kat sekolah..so sekarang tiap tiap hari boleh bawa sugar glider pergi sekolah kan !

baca komik yang dipinjam kat anak murid =)

ok tadaaa ! nak balik dah..da siap kemas daa

my workspace ! =) babaiii...korang punya workspace macam mana pulak ?

P/s : Dugaan yang mesti ditempuhi...ditempuhi dengan rasa sabar dan tenang...harap biarlah kekal tenang seperti ini..Ya Allah kurniakan si bintang bahagia dunia akhirat, jadikan semua bintang hati dalam hidup saya orang yang diberi hidayah dan teridri dalam kalangan masuk syurga mu Ya Allah..Ampunkan kami, segala dosa dosa kami..terima ibadat kami. Terima usaha dan kerja kami sebagai ibadah Ya Allah...Syukran...dengan peluang dan nikmat yang kau beri...



 

Designed by Alieff Artwork