Orang Islam Ditangkap Di Gereja, Damansara.

Salam,

Saya ada dengar tentang berita ini dalam kereta kelmarin. Macam manalah orang Islam boleh terlibat dalam aktiviti keagamaan di Gereja kat Damansara tu, saya tak pasti bagaimana mereka boleh terjebak. Sudahlah sekarang ni kita dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia...tapi ada pula orang Islam yang terikut dengan ajaran ajaran yang sesat. Allah hu akhbar. Allah Maha Besar. 

gempar ! orang islam diberi Bible versi Melayu :?
orang islam menghadiri aktiviti keramaian di gereja kat damansara.

Walaubagaimana pun kes ni masih dalam siasatan, masih kenapa mereka membuat aktiviti keramaian di gereja tu. So, nanti saya update lagi tentang ini...So, korang baca dulu berita kat bawah ya.

Laporan dari Harian Metro berkaitan dengan serbuan yang dibuat semalam di gereja negeri Selangor.

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau bawah tanah.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan bawah tanah ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.


Ini adalah sambungan huraian hari ini oleh Mstar.com.my
Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

“Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

“Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Update dari MalaysiaKini pula mengatakan bahawa makan malam itu adalah program kebajikan sokongan HIV/Aids. Sama2 kita nantikan apa laporan akhir nanti. 8) Boleh jadi betul juga kerana ia disokong oleh Majlis Aids Malaysia (MAM) tapi pelik juga kenapa orang Islam berada dalam gereja pada malam Ramadan sebegini. :) Sama2 kita nantikan update seterusnya.

P/s : MashaAllah...harap diberi petunjuk dan hidayah kepada semua umat Islam..kembali kepada jalan yang benar.

Comments

  1. sebab duit smpai snggup tukar agama?

    ReplyDelete
  2. subhanallah,. tkot nye dgr perkara mcm ni,.mlibatkan iman n akidah

    ReplyDelete
  3. paling lawak, baru sekarang Jais bertindak...

    ini pernah berlaku in my school tahun 2004

    ReplyDelete
  4. Secret Drifter, since 2004 sampai skrg 2011..apa tindakan awak? itu lebih lawak!

    ReplyDelete
  5. mnde2 camni takkn berlaku kalau iman kuat. jadi...sbgai org islam kne la sntiase upgrade iman. bukan kete je leh upgrade..

    n..jgnlah kite nk mnunding jari kat pihak berkuase je. kite sume kn bertangungjawab juge..kite sedare seagama!

    ReplyDelete
  6. jangan nak marah orang yg murtad tu
    tengok la sendiri kristian dapat bajet berapa banyak skrg ni.
    kat seremban tapak masjid kosong 10 tahun tak naik2

    ReplyDelete
  7. Saya sebagai seorang muslim, saya tidak begitu terkejut dengan berita-berita seperti ini..Mana jabatan agama yang bertugas??, maner mereka semua??..kenapa terlalu susah untuk orang-orang yang susah, miskin, papa kedana menerima bantuan kewangan, maner baitulmal??Maner pihak berkuasa yang bertanggungjawab..Kita tak boleh salah kan orang gereja dengan aper yang mereka buat, sebab memang itu kerja mereka sebagai pendakwah..Jabatan agama islam terlalu lemah..berjuta-juta duit zakat yang kita kumpul, tetapi tidak dikeluarkan ditempat yang betul.Duit zakat bukan untuk dikumpul tetapi dibahagi kepada yang memerlukan.Population malaysia cuma 27 juta orang sahaja berbanding dengan negara-negara lain..Sepatutnya jabatan agama tolong mereka-mereka yang susah ini sampai mereka senang, bukan hanya beri bantuan sebanyak RM300-400 sebulan..Ini tidak betol..Kite sebagai orang islam yang bersalah dalam hal ini bukan pihak gereja atau individu2 yang ditangkap.Saya tidak nafikan bahawa orang yang ditangkap itu tidak seharusnya berpaling pada islam disebabkan kesempitan hidup sebab kita mengetahui bahawa allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian salah satunya kemiskinan atau kemelaratan..tetapi saya tidak menyalahkan mereka juga disebabkan kesempitan hidup yang mereka alami, jabatan agama haruslah melonggarkan syarat2 yang terlalu ketat dan merumitkan kepada golongan2 yang memerlukan bantuan dan tolong golongan2 ini sehingga mereka senang terutamanya islam dan muaalaf.Itulah tujuan sebenar duit zakat..zakat untuk diagih bukan untuk dikumpul.

    ReplyDelete
  8. Well, since we humans normally can't see those jinns, it is hard to answer your question. However, I believe they are praying together with us.About orang bunian, i don't know whether they really exist. We are taught to believe the existence of jinns and syaitan, but i have no recollection of learning about orang bunian. Unless you understand "orang bunian" is another word for "jinn", they (orang bunian) are merely a myth.

    ReplyDelete

Post a Comment