Thursday, August 04, 2011

Office Baru, PPKI SJK C Sam Yoke =)

Salam.

Wah...alhamdulillah..syukur ! Hari ini secara rasminya kami cikgu cikgu PPKI (pendidikan khas) berpindah kat office baru kami yang ada air-cond tuh. Lama tau kami tunggu nak pindah ni...hehe...

Buat pengetahuan korang, PPKI atau Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah saya ni baru lagi. Ia baru diwujudkan tahun ni. Jadi, pejabat untuk guru-guru sebenarnya takde. Kami hanya diberi ruang kecil untuk buat kerja...dan kami akur. No big deal lah, cuma sangat panas, sempit, berterabur, dan tak kemas jadinya...ruang kerja yang tak kondusif. 

Tapi sekarang ni syukur alhamdulillah. Dah siap dah renovate office baru. Jom tengok gambar office baru jom ! Hehehe...


Gambar Sebelum
bayangkan tempat duduk lama kami...takde pejabat pun sebenarnya...huhu

 sempit...ruang nak berjalan pun takde...asyik berlanggar bontot je..

haha...semua barang komputer , mesin photostat diletak satu tempat..bersepah

kalau cikgu tu banyak barang...camnilah keadaannya...takde kabinet nak simpan barang pulak tuh

inilah meja saya yang dikongsi dengan cikgu aishah

Gambar sebelum
ini ruang kerja kami...cikgu PPKI di sjkc samyoke, boleh bayangkan camne tak ? huhu...

Gambar selepas
ini bilik baru...office baru kami...jom kita pindah yuhuuuu yeepeee

Lampu dan Air cond...walaupun air cond second hand, bersyukur je la..tapi belum ada langsir lagi

cikgu neon lah orang yang paling awal sekali angkut barang wokeh...gua dah tak sabar dah ni

office belah depan tak siap lagi...tapi office dalam dah siap..so kami pindah masuk dalam dulu...

kabinet dan almari...baru punye...huhu..lepas ni boleh la simpan barang daa

ikan laga cikgu neon pun nak pindah jugak kan =)

sugar glider cikgu neon pun nak pindah jugak kan...jom jomm sayang

yeah...hari ini cikgu PPKI happy lor...dapat office baru...nak Yeem Chee (minum) ramai ramai takleh, sebab pose lak tuh..hehehe 

ruang kerja yang baru dan lebih kondusif kan =)

belum siap kemas sepenuhnya...tengah semangat nak beli macam-macam perabot untuk kebaikan bersama...hehe. yang ini meja saya dan cikgu aishah.

ni meja kakak ayu..PPM (pembantu pengurusan murid) PPKI

meja cikgu neon ada sangkar sugar glider, ada balang ikan laga...lepas ni nak tambah kura-kura pulak laa hahaha

hihihi meja ku tak siap kemas lagi lorr...

meja cik lee guru paling rajin dan kreatif ni...banyak giler barang dia siooot

cak, cun sioot cik lee hahahaha

cak ! kakak ayu..tergelak gelak pulak dia hhuhuu

cikgu nurul @ cikgu neon ! yeyeah...

and last but not least...cikgu ecah little indian yang sesat hahahaha...

Thanks soooo much ye kepada Puan Guru besar kami, Pn Yap Bee Lai sebab prihatin dengan keadaan ruang kerja kami ! Kalau takde guru besar yang prihatin macam ni, alamat kami tak merasa la nak duduk pejabat yang berkeadaan yang baik camni kan ? 

Huhu...thanks kepada pakcik pakcik yang renovate bilik pejabat kami ye. Thanks semua orang yang baik hati ! Hehehe..kalau ada sesiapa yang nak sponsor perabut untuk kami, warga PPKI ni..amatlah dialu-alukan yer...=) Tata...Zai Jian !

P/s : Esok semangat nak duduk dalam Office Baru maa...hayya...


 

Designed by Alieff Artwork