Leher Hampir Putus, Tak Sempat Beraya.

Al-fatihah.

Harap semua orang kat luar sana berhati-hati, jaga keselamatan diri...cermat dan hati hati di jalan raya. Kita dah nak sambut Hari Raya Aidil Fitri ni...harap takde perkara yang buruk menimpa kita semua. Ya Allah , lindungilah kami dari segala malapetaka dan celaka..sesungguhnya kami hanya hamba mu yang lemah, dan engkaulah yang maha pelindung, maha kuasa, maha penyayang...

 p/s : Nur Aqilah di sebelah kiri. Yang lelaki tu merupakan mangsa kemalangan lain...
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila mangsa terbunuh selepas tercampak dari jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam.Lebih mengerikan, selepas tercampak dari jejambat itu, kepala mangsa bergesel besi pembahagi jalan hingga lehernya hampir putus.Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Aqilah Noor Ahmad dari Kampung Tasik Tambahan, Ampang, kemudian terpelanting ke Jalan Istana yang sibuk hingga nyaris dirempuh kenderaan lain sebelum beberapa pengguna jalan raya berhenti memberi pertolongan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya, Darwish Ridhwan Lee Abdullah, 19, tercampak selepas motosikal terbabit gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan di jejambat berkenaan.

Lima minit selepas kejadian, Nur Aqilah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan leher. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala teman lelakinya yang cedera parah, dihantar ke hospital sama dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kemalangan itu berlaku selepas kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke rumah Nur Aqilah di Ampang selepas membeli baju raya di Bukit Bintang, di sini. Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam ketika warga kota sibuk menggunakan laluan itu untuk pergi ke pusat beli-belah serta menuju ke lebuh raya untuk balik kampung.

Berikutan kejadian itu, Polis Trafik Kuala Lumpur meminta saksi kemalangan itu menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Comments

  1. ya Allah..malang memang tidak berbau..tapi usaha jangan dilupakan

    hati2 di jalan raya, peka dengan keadaan sekeliling

    selamat hari raya neon! maaf zahir batin ye :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..ngerinya eksiden tu..

    hati2 di jalan raya..huhu

    ReplyDelete
  3. innalillah. alfatihah buat mangsa.

    ReplyDelete

Post a Comment