Jalan Yang Dipilih...



Jalan yang dipilih.?

Ada banyak jalan yang diberi...pilih je mana satu. Yang sesak, yang lengang...Samaada kita pilih jalan yang sesak atau jalan yang lengang tu belum tentu lagi  dapat memastikan kita dapat sampai di tempat yang dituju tepat pada masa. 

Mungkin, pertengahan jalan tu ada banyak roadblock yang kita kena lalui., bukan itu sahaja tambah lagi dengan hujan ribut petir guruh..siapa tahu ? Antara semua jalan yang kita pilih...kita kena bersedia hadapi risiko dengan pilihan kita tu...baik buruk suatu pilihan tu adalah satu kepastian yang perlu kita tempuhi. Kalau kita takut untuk pilih mana mana jalan, sampi bila pun kita takkan tiba di destinasi tu...

Yang pastinya, aku telah melalui jalan yang sukar...di pertengahan jalan ni, aku rasa nak berhenti dari berlayar. Sesal gila sebab tak ambil jalan lain, kalau diberi peluang ingin saja aku patah balik ke garisan mula dan pilih jalan yang lebih mudah.

Putus asa ? Kalau aku give up sampai bila bila aku tak dapat sampai ke destinasi yang aku tuju...kalau aku teruskan, masih banyak roadblock ahead...Aku cuma letih sangat berjalan...hampir nak patah kaki, putus nyawa, dahaga, lapar...alangkah bagusnya kalau aku ada helicopter rescuer yang boleh selamatkan aku dari kesesakan ini dan bawa aku terus ke penghujung jalan...

S.O.S.


Comments

  1. setiap jalan yg kita pilih, memang ada risikonya..yang penting kite kena berdia hadapi

    ReplyDelete
  2. Kehidupan...

    Meminta kita untuk belajar

    ReplyDelete
  3. setiap jalan yang dilalui ada hikmahnya..dah ade juga cabaran dan dugaannya..

    ReplyDelete
  4. liku2 kehidupan kadang2 membuatkan kita rasa nak berhenti bernafas... nak hidup bukan senang, nak matilagi la... kekadang kita tersilap membuat perkiraan tentang jalan yang sepatutnya diambil.. bila tersilap langkah, kita tak kan mampu patah balik.. hhmmm..

    ReplyDelete

Post a Comment