Cara Penjagaan Sugar Glider, Part 1.

Salam,

Semakin ramai orang yang nak bela sugar glider, tapi tak tahu menahu cara nak menjaga sugar glider dengan baik. Dengan kesempatan yang ada ni, saya nak kongsikan cara penjagaan sugar glider mengikut cara saya sendiri. Bukanlah pakar, tapi sekadar berkongsi.

Sebelum baca entri panjang lebar, jom cuci mata tengok sugar glider saya, si Shemie dan Ninja ~

tengah mamai disogok makan pulak...


yang ni tempat tidur yang paling ninja suka..sebenarnya tempat tidur ni dibuat daripada hood sweater yang dah tak guna huhuhu..

my favorite spot mummy !

yang ni port yang paling shemie suka..seeking hut =) dua dua nak bilik yang berbeza..huhu

ohhh ngantuknya tahap gaban ya

ni jumlah makanan setiap kali diberikan pada shemie dan ninja..sikit je cukup bukan habis makan pun !

makan waktu mamai nak tidur ~

yum yum..pelbagaikan buah buahab =)

tak tahan la mummy...shemie nak tidur jugak..nanti shemie makan ye mami...

ninja pun dah mamai..mami letak dadah ke ape dalam makanan kitorang ni mami ?

Cara Penjagaan Sugar Glider : 
  • Sifat Sugar Glider : Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai  perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya.
  • Sugar Glider tak perlu dimandikan : Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan.
  • Makanan Sugar Glider : Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup. 
  • Waktu makan sugar glider : Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =)
  • Potong kuku sugar glider : Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda.
  • Bawa sugar glider jalan-jalan : Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah.
  • Masa untuk Sugar Glider : Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam saya, saya spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi.
  • Cara Manjakan Sugar Glider : Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...(tapi saya tak buat pun yang ni ok) Tapi digalakkan letak...=)

Ok, dah panjang lebar saya berceloteh pasal sugar glider nih. Harap dapat membantu newbies yang nak membela sugar glider tu ya ~! Sayangilah sugar glider ni macam anak korang sendiri...pasti bahagia ! Kalau sugar glider tu dapat kasih sayang yang penuh dari tuannya, dia akan sihat sejahtera dan gembira =) Chow..




Comments

  1. cutenya...ble la nak bli satu...

    Anyway, Selamat Hari Raya dear

    ReplyDelete
  2. It could be that the bats just don't like the taste, but maybe the bugs contain some kind of toxin that's bad for bats. Stick with feeding the glider crickets.

    ReplyDelete
  3. saya mcm berminat nak bela sugar glider ni...cuma nak tanya, boleh ke kita lepaskan je diorg dlm rumah?

    ReplyDelete
  4. nak tanya, sugar glider ni ade jual kat mane ek ? harga selalunye brape ?

    ReplyDelete
  5. thanks fr your tips sistahh :)

    ReplyDelete
  6. biasanya nk ble sugar glider nie kat mne?????

    ReplyDelete
  7. SG sy asyik tdor je...
    ok ke??

    ReplyDelete
  8. nak tanye... binatang comey nie kne hantar g enjection kat vaterinar ke? nk bele dalam mase terdekat nie... tu pasal tanye... send jawapan kat kudelaot99@yahoo.com. TQ

    ReplyDelete
  9. pada sapa2 yang nak beli SG ni..kat uptown shah alam ade jual...adek sy beli rm300 siap ngan cage,makanan n pouch..

    ReplyDelete
  10. Sy pn bli at uptwn s.alm... sgt mnje!!!

    ReplyDelete
  11. sy beli nini hari ahad lepas..petowner tu kata nini jinak tp bila nini stay ngan sy, sy tgk dia liar sgt..asyik crabbing je bila tgk muka manusia kat luar sangkar dia..camana nie? bantu sy..camana nk bond ngan dia?

    ReplyDelete
  12. slm.ska bc blog ni.byk info.
    nk tnye..sy br smggu lebih amik SG..tp owner die jual yg da besar sket.myb dlm 4@5 bulan.mkn nk kne suap.ngada2 tol.he3..kalu gosok2 di dr luar porch die da xcrabbing.tp ble bg jari die ggit.bkn ggit sket2.tp smpai bedarah.hu3.cane nk wt ngn die ni..agk2 ble br seswai bg tgn kt die

    ReplyDelete
  13. sy tringin nak bela sngt2..kmrin pg unh kwn mama ingt burung alahai comel s.glider..seokr brpa??kt perlis xthu nk cri laa...

    ReplyDelete
  14. Sy ade bela....dye suke dduk dlm umah dye je..ta ske bwa keluar..kalo bwa ia akn bsg...lps uh kurg mkn...mcm mne ye nk mgatasi nye?

    ReplyDelete
  15. Sy Pun Ade Bela SG baru 1 Bulan dan Kenapa Sugar Glider Sy Suka Jilat Tangan n suka gigit2 Manja. anyway so far dye x pernah gigit sy lagi la.. manja lagi ader la..

    ReplyDelete
  16. Sy bru beli td..2ekr..umr bru ja 2bln...sy suka..tq bg ckit pgetahuan pd sy..

    ReplyDelete

Post a Comment