Blog Silampuneon Dipantau ?

Ececeh...

Tajuk nak hangat je...tapi betul ke ni ? Huhu...Sebenarnya bukanlah dipantau ke apa ke. Blog saya ni memang ditinjau oleh pelbagai lapisan masyarakat...sebab tu lah, setiap kata kata yang saya gunakan..saya kena jaga, saya kena titik beratkan, supaya kalau ada yang baca tu...takdela yang mengamuk...tak bikin isu besar. 

 

Baru baru ni...Puan Guru Besar masuk blog silampuneon ni...kekekeh...bukan guru besar je, cikgu cikgu lain pun ada yang mengikuti blog saya ni. Entah macam mana diorang tahu link blog ni saya pun tak tahu. Tapi yang pasti..ramai guru guru yang cari maklumat tentang SJKC Sam Yoke, mesti masuk laman blog ni punya...so tak mustahil la Guru Besar sekolah saya pun turut baca blog ni kan ? 

Nak dijadikan cerita...Guru Besar suka blog saya ni..dia dah tengok akaun Youtube saya sekali...dia suka video video kanak kanak khas yang saya buat tu. Dan kalau boleh dia nak berikan saya username dan password blog sekolah untuk saya update selalu di situ. Woo...Thanks puan guru besar, terharu saya. Hihi...nak tau blog sekolah saya ? www.sjkcsamyokekl.blogspot.com

Alhamdulillah, dengan blog silampuneon ni juga, saya dah dapat bantu perniagaan orang lain. Dulu, saya belajar menjahit dengan Kak Suri. Lepas promote banyak entri menjahit..ramai bloggers yang call kak suri dan nak belajar menjahit. Sekarang ni, dah ramai yang tempah dan belajar menjahit dengan Kak Suri...Kak Suri pun happy sangat...saya pun happy sangat dapat tolong dia hehe...

Hari ni pulak, ada parent yang datang sekolah daftar anak nak masuk program pendidikan khas integrasi kat sini. Saya terkejut bila parent tu cakap..dia tengok video saya dan anak anak murid di Youtube, kemudian terus berminat daftar anak sekolah kat sini...bukan ke amazing tu ? 

Jadi,..kesimpulannya, saya senang dengan isi kandungan blog saya sekarang. Saya harap apa sahaja yang saya kongsi dalam blog, boleh memberi manfaat untuk orang lain juga. Walaubagaimanapun, saya tetap perlukan sokongan dan nasihat korang semua untuk sentiasa ingatkan saya..apa yang sesuai dan tak sesuai demi kebaikan bersama. 

Saya berharap sangat, bloggers yang lain pun cubalah kongsikan perkara yang baik untuk masyarakat...jangan setakat mengutuk, mencaci, menghina, membuat gosip tak tentu hala, semua tu takde faedah kalau itu niat kita blogging.

P/s : Thanks korang sebab selalu support saya...thanks korang sangat sangat !!! Luv, neo.

Comments

  1. alhamdulillah
    blog ekau diguna dengan sangat bermanfaat
    :-)
    selamat berbuka

    ReplyDelete
  2. hehe. ko tulis la byk2 pasal ak. klu ad company terjumpe mesti berminat nak amik ak keje. xyh interbiu. plz plz

    ReplyDelete
  3. wah.itu sudah bagus..itu yang rezeki mencurah-curah tu..syukur alhamdulillah..tumpang gembira untuk cik neon..

    ReplyDelete
  4. tengs follow nway mana link youtube tuh weyyy..nak tgk jugak:)))

    ReplyDelete
  5. glad to know that dear neo

    keep it up!!

    ReplyDelete
  6. huhu, dengan berblog boleh tolong banyak orang.NICE!

    ReplyDelete
  7. tahniah la, saya pantau selalu, nak tgk tips dan tutorial blog

    ReplyDelete
  8. bagus noe... bagus.. teruskan usaha anda... kite akan sokong selalu... ^_^

    ReplyDelete
  9. BAGUS,MOGE BLOG INI BERMANFAAT UTK INFO !!!

    ReplyDelete

Post a Comment