Salam,
Nak tau tak apa rahsia sebenar perut tak lapar time bulan puasa ni ? Air Soya ! Saya rasa sebab saya minum air soya tiap tiap pagi lah perut saya tak bergendang gendang masa bulan puasa ni.
Air soya rupaya ada kandungan tenaga yang sangat tinggi okay...dan sebenarnya saya ni orang yang anti - air soya. Tapi disebabkan minuman ni membantu saya masa waktu puasa ni, saya telan je laju laju masa waktu sahur. Memang tak rasa lapar pun tau ~ Puasa relax jer =)
Jom kita tengok apa khasiat air soya ni : Sumber 1 Khasiat Air Soya
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya.
Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijirin bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.
Air kacang soya (juga susu soya atau Itali: soia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China. Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan. Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang tidak boleh meminum susu lembu. Sumber : wikipedia Bahasa Melayu
banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
6 . Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
9. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
14. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Alhamdulillah Neo, awk bukan percaya pada hoax !!
ReplyDeletehoax pasal soya ni haram n bahaya..
good on ur soya article !!
air soya mmg best.. especially soya panas... nikmati neo.. jgn minum laju2.. rugi wooooo.. soya lg best dr cincau sbb tu aku x minat cincau..ekekek
ReplyDeleteselain susu, soya mmg best. kenyang. anak pun suka. nice info dear :)
ReplyDeletewahaha,.aku pun minat soya tapi skrg dh amik lngkah berjaga sebab bende ni http://khaiartzfar.blogspot.com/2010/12/soya-oh-soya.html
ReplyDeletesoya,tempe mmg terbaeklah!!!
ReplyDeleteAku dah cuba minum air soya masa sahur dan memang tade langsung rasa lapar sepanjang hari.
ReplyDeletehehehe. eksperimen berjaya! thanks.