Sempurna Sangatkah Kita ?

Apa guna pasang harapan kalau kita dah tau harapan tu pasti musnah ? Apa guna kita berharap kalau kita tau harapan kita itu akan disia-siakan ? Ingin memasang harapan tapi semakin lama semakin tak berani...

Kita manusia, semuanya sama.

Jangan rasa diri kita terlampau baik sangat lebih dari orang lain.  Jangan berlagak dan riak...Jangan hanya tahu mengumpat dan hina orang lain,  pandang rendah pada kebolehan orang lain yang nampaknya hina itu. Mengapa perlu benci pada orang yang kita belum kenal hati budinya ? 


Berilah peluang...bukakan hati...Beri peluang kepada orang lain untuk juga rasa gembira. Beri peluang pada orang lain untuk rasa diterima, beri peluang pada orang lain untuk rasa diri dihargai, beri peluang pada orang lain untuk rasa diri berguna...kalau tak diberi peluang tu, sampai bila pun manusia tu akan duduk sepi di situ. Takde siapa peduli. 

Walau apa pun kata orang, hiasilah peribadi dengan nilai murni dan sahsiah yang berkualiti., serta ilmu  dan iman yang penuh di dada. Kerana itulah kekuatan manusia tu.

P/s : Tak faham dengan kerenah manusia yang selalu pilih bulu...mengumpat,mencaci,memandang rendah pada orang sedangkan dia sendiri tak pernah cuba mendekati orang yang dibencinya tu. 

Comments

  1. sikap manusia.. lebih suka menjatuhkan hukuman dulu sebelum menyiasat dgn terperinci.. harap kita tak tergolong dlm manusia sebegitu. :)

    ReplyDelete
  2. ramai wat undang2 sendiri sebagai cara nak menerima diri sendiri.. tapi malangnye dicangkuknye orang sekeliling sekali.. heheh

    ReplyDelete
  3. nurul
    bila kita rasa kita semputna itulah tanda tidak sempurna...

    ReplyDelete

Post a Comment