Pusat Sains Negara : Program Special Science Day Part 2.

Salam, wo hen kai xin ! dan shi, wo hen lei ! (saya sangat gembira tapi saya sangat letih!)

Woots...gila gempak event hari ni =) Alhamdulillah, berkat dan rahmat dari Allah..program hari ni berjalan dengan lancar.Saya happy tengok murid murid semua happy, mak bapak happy dan cikgu cikgu semua happy =)
Bertolak dari sekolah ke Pusat Sains Negara pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 8.55 pagi. Timing baik dan cantik punya....sampai je kat Pusat Sains Negara, saya selaku ketua rombongan terus masuk ke kaunter pendaftaran dan daftar sekolah membawa anak anak murid OKU =) Wah...istimewanya anak anak murid saya ni...Semuanya free untuk anak-anak murid OKU dan termasuklah gurunya sekali...



Masuk Pusat Sains (free)
Beramah mesra dan jumpa Ras Adiba Radzi (celebriti OKU) 
Button comel pusat sains (free)
Galeri Dinosour Bergerak (free)
Belon dari Clown pun (free)
Kuih muih, air kotak milo (free)
Lori Milo energy truck pun ada (free)
KFC sorang sekotak pun (free)
Goodie bags (free)

Sebenarnya masa melawat Pusat Sains Negara tadi teringin nak ambil gambar banyak banyak...tapi...memang tak dan nak ambil sebab masing masing kena jaga anak murid. Yang sini buat perangai, yang sana mengada-ngada...macam-macamlah. Kalau dulu masa time sekolah cikgu yang bawa saya ke Pusat Sains Negara, sekarang saya pula yang jadi cikgu yang membawa anak-anak murid ke sini =) Wow...hebat..Alhamdulillah...

zai jien ! (bai bai !)

Comments

  1. alhamdulillah, saya bagi pihak PSN pun sangat gembira cikgu dan anak murid enjoy program dan aktiviti yang telah disediakan.

    datang lagi tahun depan ya! :)

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt mcm2 barang free..antara ganjaran sbg seorang pendidik

    ReplyDelete

Post a Comment