Friday, July 15, 2011

Prepaid Topup, Asyik Asyik Topup !

Salam.

Sekarang ni saya pengguna prepaid. Memang dulu sedap betul pakai pospaid...sebab tak payah nak fikir pasal topup topup ni. Sekarang dah guna prepaid ni...rasa macam leceh gila la woi. Nak tahu tak apa yang leceh sangat ?


Ok, sejak saya guna prepaid ni...saya jarang sms or call orang..cuma sms dan call untuk hal hal penting saja. Sekali topup RM30...(harap dapat guna lama dan tak payah ke kedai beli prepaid lagi)..Saya topup RM30, sedar tak sedar hanya RM5 jer yang saya gunakan dalam masa 2-3 minggu.

Cuba korang bayangkan, credit saya sekarang  ada RM28.00, tapi expired takleh guna...pastu kena topup lagi, lagi, dan lagi...semata-mata nak buat beberapa call dan sms sahaja...sangatlah tak berbaloi betul ! Kalau macam ni lah gayanya baik saya pakai PUBLIC PHONE je la...ish.


P/s : Luahan perasaan ! Ni sekarang tengah tak boleh call or sms orang sebab air time dah expired, padahal duit topup masih berlambak bakinya. geram !


 

Designed by Alieff Artwork