Saturday, July 16, 2011

Perikemanusiaan.

Salam,



patience is a spirit that holds you up until the glory comes



Diri saya berbanding bulan bulan lepas, teruk sangat rasanya. Sekarang ni semuanya beransur okay. Kalau ada yang risau tentang keadaan saya, jangan risau...saya akan tetap okay.

Kawan saya ada nasihatkan saya, jangan simpan perasaan benci terhadap seseorang, sebab kita semua manusia. Manusia yang banyak salah dan silap. Dan kalau manusia tu dah mencalar hati kita, maafkanlah dia dan tak perlulah kita balas dendam pada manusia tu. Apa sahaja tindakan yang kita nak buat...fikirlah, yang dia pun manusia juga, punya hati dan perasaan.

Dan itulah yang saya lakukan sekarang. Atas sifat dan rasa kemanusiaan pada orang lain, saya tak nak menyakiti hati orang walaupun hati saya pernah tercalar.

Walau macam mana pun dugaan yang saya lalui, saya tetap percaya yang Allah sedang menyulam sesuatu yang lebih baik untuk saya. Dan kerana saya percaya dengan kewujudan Allah, saya akan terus buat yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua orang yang saya sayang.

InsyaAllah...

Every pain, theres a healing. So just hold on.


 

Designed by Alieff Artwork