Pemenang Showdown 2011 , Elecoldxhot !

Huhh..panas panas ! 

Berdebar-debar saya tengok showdown final tadi. Semua finalis memang mantapp ! Tahniah kepada keempat empat calon finalis yang masuk pusingan terakhir showdown tadi. Tahniah dan bravo kepada kumpulan Elecoldxhot yang berjaya meraih gelaran juara showdown 2011 !!!

 


Saya memang look forward persembanhan dari dua kumpulan sahaja, HMC PHLOW dan ELECOLDXHOT. Dan nampaknya tadi memang tak syak lagi...dua kumpulan ni telah bertarung dengan sengit sekali. kedua-dua kumpulan memang hebat dan ada gaya yang tersendiri. Persembahan mereka memang memukau beb...

Dan akhirnya ELECOLDXHOT juga yang menang untuk Showdown 2011 nih. Cayalah, kumpulan breakdance yang paling best sekali. Tak sia sia diorang berusaha bermati matian. Cayalah ! Congrates !!


Comments

Post a Comment