Sunday, July 24, 2011

Kurus Tak Cantik Tak Guna Jugak !

Salam,

Ok, berat saya sekarang maintain 47 kilogram ya. Ok aper ? Saya pun tak sanggup tengok diri sendiri kalau berat saya hampir 44.5 kilogram (selalunya akan jadi time puasa nanti). Kalau setakat 47 kg ni, saya dah boleh tarik nafas lega dah. Memang saya tak nak nampak terlampau kurus. Sebab tak cantik woo...  




Semalam along saya tegur "Ena ko ni apesal kurus sangat ni, ko tau tak ko ni jenis kurus yang tak sihat"..."Er...yeke...hurm sebab tu lah ena masuk yoga...ena nak sihat la ni".

Pagi ni pun along tegur lagi " Ena, ko jangan nak perasan la ade lelaki nak kat ko kalau ko kurus macam ni, baik ko makan banyak sikit, lagi elok ko gemuk macam dulu daripada ko kurus macam sekarang"...lepas tu mak pulak sound saya " Tula mak da cakap, ko ni kena makan banyak sikit..."

Saya pula cakap macam ni..."Ala, ena makan banyak ok...lepas tu ena tengaok join yoga ni untuk sihatkan badan...sabarlah..ok ok kalau macam tu lepas ni kena cari multivitmain..."

Ayoyoyoo...sumpah blur sekarang ni. Saya ni sebenarnya jenis yang kuat makan, tapi sekali makan tak boleh ambil dalam kuantiti yang banyak..perut tak boleh masuk wo. Metabolisme pula tinggi, setiap kali makan mesti nak membuang punyer...Saya juga selalu miss time makan...

Weekdays : Makan sekali waktu breakfast di sekolah je...balik rumah dah petang dan ngantuk tak makan pun. Kadang kadang je makan dinner, itupun kalau teringat nak makan.

Weekend : Makan bertalu-talu...

Camne nak dapatkan body fit ya ? Korang pula camne ? Camne korang buat untuk cergaskan badan korang...apa cara pemakanan yang korang amalkan ?


 

Designed by Alieff Artwork