Sunday, July 31, 2011

Kuala Lumpur, Bird Park.

Salam,

Camne dengan weekend korang ? Semua ceria dan gembira tak ? Harap harap begitulah yep...di hari yang mulia ni saya nak kongsi sikit gambar saya dan anak anak murid saya masa "Our Trip to Kuala Lumpur Bird Park". =)

Bawa anak-anak murid khas keluar jalan-jalan bukanlah satu kerja mudah. Korang faham faham je la, budak budak khas ni...kuat meragam, dan susah nak faham arahan kita. Letih woo...saya ingat pergi Bird Park ni dapatlah menghayati keindahan alam dan burung burung...tapi hampeh...kami semua semput dan lelah jaga murid je. Hahaha...walaucamne pun kitorang tetap have fun, murid murid happy, ibu bapa happy, cikgu pun happy tapi penat =)

jalan jalan pergi Bird Park, KL

sementara tunggu bas sekolah tiba

anak anak murid semua cantik berbaju hijau...siapa yang tempah baju ni ?
saya laaa...huhuhu

ada yang masih mamai nak tidur...

bas sekolah pun tiba...ibu bapa tengok anak sampai naik bas...

ada juga ibu bapa yang turut serta

naik bas ambil tempat duduk masing masing

semua guru dapat anak angkat...

budak budak terlampau excited

dah sampai KL bird park sekitar pukul 9 pagi

bergambar sekejap ... walaupun tengah semput jaga anak murid

time berjalan lah ko nak makan...tadi kat sekolah suruh makan taknak..

budak kecik ni banyak sangat songehnye !

cikgu neo dengan anak murid dan parent

jumpa waterfall yang cantik





peace

cantik kan ?

saya jaga budak ni la...penat woo..dia suka lari lari =(


time ni dia kata nak mandi kat air terjun tu...adui...

kemudian jumpa pula anak anak ayam dan itik dalam bekas besar...
boleh siap main picit picit lagi huhu

anak itik...puas saya picit hahaha

anak ayam dan anak itik ni menetas dalam incubator tau...canggih tak ?

cak ! da menetas dah sekor...tak payah guna mak ayam pon !

aksi memicit anak itik

anak murid jagaan saya...nasib baiklah yang ni tak banyak ragam sangat.

tengok ostrich pulak...bagi makan sayur kat burung unta..

leher burung unta besar dan panjang..

masa untuk bagi burung makan

burung kat situ jinak woo...semua murid merasa bagi burung makan

masa untuk makan sebelum berangkat pulang...

peace yo

wajah anak murid ku...

makan nasi ayam..lepas tu balik...huhu

Ok, lain kali kita buat lawatan lagi ya ? Next time kena bawa lebih banyak bala tentera untuk jaga anak-anak murid ni. Huhuhu...korang ingat 5 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid cukup ke untuk jaga anak murid khas seramai 20 orang ? Erk...semput beb..ok chow !

 

Designed by Alieff Artwork