Contoh Soalan Kursus Induksi (KISSM)

Salam.

Hari ni saya nak kongsi dengan kamu semua koleksi soalan-soalan KISSM. Semua sumber ni saya ambil dari internet semata-mata.Harap dengan sumber yang ada ni, dapat membantu sesiapa yang nak mengambil kursus induksi nanti ya. Semoga berjaya =)

KISSM ? Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia



ASAS PENILAIAN

Penilaian Modul Induksi Umum Kursus Induksi SSM bagi Kumpulan I adalah dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Bil.2 Tahun 1992 JPA 241/46 Jld.4 (68) bertarikh 31 Julai 1992. Penilaian tersebut adalah seperti berikut:



: Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) = 60%

: Ujian Akhir Kursus (UAK) = 40%

PENILAIAN SEPANJANG KURSUS
Wajaran bagi PSK adalah berdasarkan:
: Pemerhatian Fasilitator = 20%
: Tugasan Individu = 20%
: Tugasan Kumpulan = 20%
UJIAN AKHIR KURSUS
Ujian Akhir Kursus (UAK) dijalankan setelah peserta tamat mengikuti Modul Khusus dan Modul Umum.
Bentuk kertas UAK adalah seperti berikut
: Seksyen A (Masa 40 minit)
Objektif (Aneka Pilihan) 40 soalan = 40 markah
: Seksyen B (Masa 2 jam 30 minit)
Subjektif (Esei) 8 soalan = 60 markah, Jawab 2 soalan daripada Bahagian 1 dan 2 soalan daripada Bahagian 2
Peserta Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia perlu lulus kedua-dua Komponen (UAK & PSK) untuk memperoleh Sijil KISSM. 

 

Soalan Semasa Induksi (Credit : http://muhaza.blogspot.com)

  1. soalan KISSM objektif set1
  2. soalan KISSM objektif set2
  3. soalan KISSM objektif set3
  4. soalan KISSM objektif set4
  5. soalan KISSM objektif set5
  6. soalan KISSM objektif set6
  7. soalan KISSM objektif set7
  8. soalan KISSM objektif set8
  9. soalan KISSM objektif set9
  10. soalan KISSM objektif set10
  11. soalan KISSM objektif set11
  12. soalan KISSM objektif set12
  13. soalan KISSM objektif set13
  14. soalan KISSM objektif set14
  15. soalan KISSM objektif set15
  16. soalan KISSM objektif set16
  17. soalan KISSM objektif set17
  18. soalan KISSM objektif set18
  19. soalan KISSM objektif set19
  20. soalan KISSM objektif set20
  21. soalan KISSM subjektif NILAI_DAN_ETIKA_PERKHIDMATAN_AWAM
  22. soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_AM
  23. soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_INTEGRITI
  24. soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_KEWANGAN
  25. soalan KISSM subjektif PENILAIAN_PRESTASI
  26. soalan KISSM subjektif PERINTAH_AM
  27. soalan KISSM subjektif PKPA
  28. soalan KISSM subjektif SEJARAH_MALAYSIA
  29. soalan KISSM subjektif SISTEM_PENTADBIRAN_NEGARA

Soalan KISSM Objektif Set1

Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KISSM (Credit : http://hanya-air.blogspot.com)

Soalan 1A

Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasakerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendirimelalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20km daripejabatnya.Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasakerajaan dan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melaluiPembiayaan Perumahan Kerajaan

Jawapan Soalan 1A

1.0 Pengenalan

Setiap penjawat awam yang berkelayakan boleh memohon untuk menggunakankemudahan perumahan kerajaan yang telah dibina untuk kemudahan kakitangankerajaan. Di seluruh negara, pihak kerajaan telah membina banyak kemudahanbagi kakitangannya bagi memudahkan mereka untuk mendapat rumah sebelummereka mendapat tempat tinggal sendiri. Namun begitu, bagi memastikan hartakerajaan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga, terdapatbeberapa peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap penjawat awam yangmendiami rumah kerajaan supaya mereka menjaga rumah yang telah diberikandengan sewajarnya. Sebagai contoh Encik Azlim ini, terdapat beberapa perkarayang perlu beliau titik beratkan ketika menghuni rumah kerajaan. Antaranyaadalah seperti dibincangkan di bawah.

2.0 Tanggungjawab semasa menduduki rumah biasa Kerajaan

2.1 Pegawai mesti patuh peraturan-peraturan dalam Bab E

Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atausesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh kerajaan, akandikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

2.2 Meminda rumah adalah dilarang

Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaankepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaranterlebih dahulu daripada JKR setempat. Mereka juga akanbertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepadabangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan olehpenggunaan yang sepatutnya

2.3 Menyewa dilarang

Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-manabahagian rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripadakeluarga dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidakada orang yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut.Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempatkediaman pegawai sendiri.

2.4 Larangan menternak binatang

Pegawai-pegawai adalah dilarang memelihara atau menternak binatangternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

2.5 Tanggungjawab membersihkan kawasan

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumahKerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah danjuga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumputdan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

2.6.1Tanggungjawab melaporkan kerosakan

Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan KerjaRaya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yangdidudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku ataudiketahui. Laporan ini hendaklah dibuat di atas borang permintaan JKRyang berkenaan. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini bolehmewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaanmembaiki atau mengganti yang diperlukan

2.6.2 Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya

Mana -mana kerosakan atau kekurangan kepada alat-alat perkakasrumah kerajaan, pegawai boleh dikehendaki membayar semua atausebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti.

2.7 Laporan memasuki rumah

Pegawai yang ingin memasuki rumah keraiaan hendaklah melaporkantarikh memasuki rumah tersebut. Seorang pegawai yang berpindah darirumah kerajaan hendaklah melaporkan kepada pihak JKR sebelum 14hari.

3.0 Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan

Pegawai dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebutkepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnyasupaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinanpemberitahuan Pegawai Perumahan itu hendaklah juga dihantar kepadaAkauntan Negara dan Juruaudit negara.

3.1 Laporan kosongkan rumah

Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklahmelaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya setempat dan jugaPegawai berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengosongkanrumah tersebut

3.2 Pegawai mesti menyerahkan kunci dll.

Pegawai juga dikehendaki menyerahkan semula kunci rumah kepada JKRsetempat apabila beliau telah berpindah bersama-sama dengan semuaalatan dan perabot yang sedia ada di dalam rumah tersebut.

3.3 Langkah yang perlu diambil selepas memiliki rumah sendirimelalui pembiayaan kerajaan

Pegawai keraiaan yang memiliki rumah sendiri melalui pembiayaanperumahan kerajaan dalam lingkungan 25 km dikehendakimengosongkan rumah kerajaan apabila memiliki melalui skim tersebutsiap dan selamat diduduki. Tempoh mengosongkan rumah biasa kerajaantersebut adalah 45 hari dari tarikh rumah siap dan selamat didudukimengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 13, Tahun 2007. Pegawai jugaboleh menuntut elaun perpindahan secara "lump sum" bagi kali pertama.

4.0 Penutup

Sebagai seorang penjawat awam, sewajarnya kita menghargai segalakemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk digunakansemua kakitangan kerajaan. Apabila menggunakan harta kerajaan,sewajarnya harta-harta ini dijaga seperti amanah yang telah diberikan olehmajikan kita kerana harta ini turut dikongsi dengan kakitangan awam yanglain dan bukanlah hak milik kekal kita. Ingatlah hak-hak penjawat lain yangakan menghuni rumah kerajaan yang kita duduki sekarang dan jagalahkemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin agar dapat digunapakai olehindividu lain di masa akan datang



SOALAN KISSM
Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasiharus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yangmencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungiawab mereka.Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatanyang lebih efisien dan efektif. Untuk itu, setiap anggota organisasi hendaklahsentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sediaada.Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55


Bincangkan bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkantahap profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010

Jawapan Soalan 2A
1.0 Pengenalan
Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010adalah untuk mengangkat martabat profesyen keguruan. Ini selaras denganhasrat kerajaan untuk meningkatkan kembali kembali taraf profesionalismakerjaya ini di mata masyarakat. Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak insiden-insiden yang kurang menyenangkan yang melibatkan institusi pendidikantanahair baik dari segi sistemnya mahupun dari segi pelaksana dasar itu sendiriiaitu guru dan juga seterusnya para pelajar semua. Guru yang merupakan nadiutama dalam menggerakkan sistem pendidikan seharusnya memberi sepenuhperhatian dan daya usaha mereka dalam memartabatkan profesyen ini agar kembali dihormati dan diyakini oleh golongan masyarakat amnya. Banyak yangperlu dijadikan amalan dalam budaya kerja guru hari ini agar kerjaya sebagaiseorang guru akan terus disanjung tinggi di mata masyarakat. BerdasarkanPIPP, terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan panduan dan amalan bagipara guru.

2.0 Amalan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan

2.1 Mengamalkan budaya ilmu.2.1.1 Pembelajaran sepanjang hayat

Budaya ilmu merupakan kunci kepada kecemerlangan sebuahtamadun. Tanpa ilmu pengetahuan, walau sehebat mana ataupunsekaya mana sesebuah negara itu, rakyatnya tidak akan dapatmenggunakan segala kelebihan yang mereka miliki untukmemajukan diri sendiri dan juga negara. Maksud budaya ilmuadalah seperti amalan suka membaca, bertukar-tukar idea untukmeemantapkan pengajaran dan pempbelajaran dengan guru-gurulain terutamanya guru-guru cemerlang dan juga amalan sentiasa

dahagakan ilmu-ilmu baru yang sememangnya banyak terdapatsamada di dalam buku mahupun mahupun dalam kursus-kursusyang disediakan oleh pihak kementerian.

2.1.2 Mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh harisetahun

Sepanjang tahun dalam kalendar persekolahan, terdapat banyakjenis kursus yang disediakan untuk para guru di seluruh pelusuknegara. Kursus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaranini secara amnya adalah bagi memberi latihan kepada guru-guruagar mereka sentiasa memiliki kemahiran terkini dalam duniapendidikan. Kemahiran dan maklumat yang disampaikan ketikakursus ini pula mesti dibawa balik dan disampaikan pula secara ” inhouse” kepada guru-guru lain agar ilmu yang diperoleh ketikaberkursus turut sama dikuasai oleh guru-guru di sekolah. Setiapguru mesti memenuhkan sekurang-kurang 7 hari dalam setahundengan menghadiri kursus samada kursus panjang atau pendek.

2.1.3 Menghadiri seminar, forum dan bengkel

Aktiviti seperti ini biasanya bersifat pendek dan tidak mengambilmasa yang terlalu lama. Seperti juga kursus, seminar, forum danjuga bengkel akan dapat memberi maklumat yang berguna kepadapara guru agar mereka sentiasa peka dengan perkembanganterkini dunia pendidikan.

2.1.4 Mengamalkan budaya membaca

Membaca merupakan jambatan ilmu. Jika seorang guru itu inginmelengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya, maka bukuseharusnya menjadi teman rapat dan sentiasa di bawa ke manasahaja. Pada masa kini, murid-murid seawal usia 6 tahun sudahmemiliki tahap berfikir yang setanding dengan kanak-kanak lain

yang lebih dewasa dari mereka. Kadang kala soalan yang diajukankepada guru-guru mereka juga adalah beraras tinggi dan di luar imaginasi orang yang lebih dewasa. Bagi seorang guru yangmempunya pengetahuan yang luas hasil dari amalan membacayang diamalkan, tidak menjadi satu masalah bagi mereka untukmenerangkan segala bentuk soalan yang diajukan yang diajukanoleh murid-muridnya.

2.1.5 Membuat penyelidikan

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggotaorganisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dankemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dantanggungiawab mereka. Penyelesaikan masalah secaraprofesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisiendan efektif. Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasaberusahau ntuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yangsedia ada.
2.2 Kreatif dan inovatif

2.2.1 Sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaru

Guru yang cemerlang dan inovatif biasanya mempunyai sikap yangkreatif dalam memperbaharui ilmu-ilmu berkaitan pedagogi yangdimilikinya. Kini terdapat banyak kaedah-kaedah mahupunpendakatan yang pelbagai yang boleh digunakan agar murid-muridlebih cepat memahami dan menguasai kemahiran yang diajar.Sentiasa mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran danpembelajaran dapat mengelakkan murid-murid merasa bosan dansentiasa membuatkan murid-murid berminat dengan apa yangdiajar

2.2.2 Sentiasa menggunakan teknologi terkini dalampengajaran

Teknologi terutamanya yang melibatkan ICT dalam penyediaanbahan bantu mengajar amat popular di kalangan guru-guru disekolah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Metod yang digunakan ini didapati amat sesuai dalam menarikminat murid-murid agar lebih fokus dengan apa yang diajar.Penggunaan teknologi juga memudahkan lagi tugas guru dalampengajaran di mana sebagai contoh, dengan menggunakanprojektor LCD, guru dapat menjimatkan masa untuk menulis dipapan putih dan paparan yang boleh dihasilkan juga amat menarik.

2.2.3 Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang pelbagai

Selain daripada pengunaan ICT dalam menyediakan bahan bantumengajar, bahan-bahan maujud lain juga yang sesuai bolehdigunakan dalam membantu pengajaran. Dengan menggunakanpelbagai bahan ini, murid akan lebih terangsang minda merekauntuk belajar dan pengalaman menimba ilmu akan menjadi lebihmenarik dan menyeronokkan.

2.3 Meningkatkan Integriti

2.3.1 Akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas

Guru merupakan satu tugas yang amat mulia samada dari segikemanusian mahupun di sisi agama. Jadi sebagai seorang guruyang baik, seharusnya tugas yang diberi dijalankan dengan jujur dan ikhlas agar ilmu yang diajarkan kepada murid-murid mendapatkeberkatan. Tanpa rasa keikhlasan hati adalah amat sukar bagiseorang guru itu untuk membentuk peribadi murid-muridnya agar menjadi insan yang baik dan berguna serta berjaya dalam semuaaspek kehidupan

2.3.2 Tidak akan melakukan penyelewengan terhadap tugasdan harta awam

Semua harta kerajaan seharusnya digunakan dan dijaga dengansebaik-baiknya kerana semua kemudahan yang diberi kepadaguru-guru itu bukan hak mutlak mereka sebaliknya akan digunasemula oleh orang lain yang selayaknya. Jadi seorang penjawatawam terutamanya guru jangan sekali-kali melakukanpenyelewengan terhadap segala amanah yang diberikankepadanya samada dalam tugas mahupun harta kerajaan yangdipinjamkan untuk memudahkan tugas seorang guru itu.

2.3.3 Akan menjalankan sebarang tugas dengan penuh telus

Seorang guru juga perlu memiliki sikap yang sentiasa tulus dalmmelaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan telusdalam semua perkara. Guru menjadi contoh dan teladan kepadamurid-murid, jadi peribadi yang telus akan memberi gambaran yangbaik kepada murid-murid akan kemuliaan tugas seorang guru itu.

2.3.4 Akan mengguna kuasa dengan adil dan saksama

Guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah. Jadi seorang guru ituperlu adil kepada semua pelajarnya tanpa membezakan latar belakang dan juga fizikal murid-murid tersebut. Setiap muridmempunyai hak untuk belajar, jadi tugas guru adalah memastikansemua ilmu atau kemudahan itu sampai kepada setiap orang muridtanpa pengecualian. Penerapan nilai juga perlu, iaitu nilai merentaskurikulum agar sikap yang terpuji dapat diterapkan dalam diri setiappelajar secara tidak langsung.

2.3.5 Membenci sikap tamak dan haloba

Sikap tamak dan haloba tidak sepatutnya ada dalam diri seorangguru. Jika sebaliknya, bagaimana seorang guru itu boleh menjadicontoh dan teladan kepada murid-muridnya. Guru juga seharusnyaberasa bersyukur tentang nikmat yang diperolehi kerana jukadibandingkan dengan negara-negara lain, kebajikan guru di negaraini lebih diutamakan dan mendapat perhatian yang sewajarnya olehpihak kerajaan.

2.4 Meningkatkan akauntabiliti diri

2.4.1 Dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungiawabTanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru itu amat besar.Bukan sekadar mengajar, cabaran yang lebih berat adalah untukmendidik murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Jadidengan mempunyai sikap baik dan rasa tanggungjawab yang tinggimaka seorang guru itu pasti akan dapat melahirkan muri-muridyang cemerlang dan berjasa kepada negara.

2.4.2 Akan memastikan pencapaian objektif dan matlamattugas-tugas dan organisasi

Selain di kelas, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadaporganisasi sekolah dan juga bertanggungjawab memastikanpencapaian objektif yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.Tugas-tugas selain mengajar yang diberikan juga perlu dilakukandengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

2.4.3 Sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa serta prosedur dan arahan

Semua penjawat awam tertakluk kepada undang-undang danperaturan yang telah ditetapkan sebagai seorang penjawat awam.Guru juga mempunyai etika kerja yang perlu dijaga dandiutamakan. Dengan sentiasa mengikut prosedur dan arahan yang

diberi, pasti seorang guru itu tidak akan menghadapi sebarangmasalah dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

2.4.4 Menjadi cekap dan mengutamakan sikap berhati-hatidan cermat

Kemahiran dalam pengurusan sumber dan bahan dapat dipupuksecara perlahan-lahan jika seorang guru itu seorang yang cekapdan bertanggungjawab dengan tugasnya. Semua kemudahan yangdisediakan perlu digunakan dengan cermat dan berhati-hati.Mereka perlu memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskanpenggunaan sumber-sumber awam.

3.0 Penutup

Tugas utama seorang guru itu adalah mendidik murid-murid supaya setiap modalinsan yang dilahirkan adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan negarauntuk mengisi kekosongan jawatan dan juga sebagai pemimpin-pemimpinnegara. Untuk melaksanakan tugas ini, sikap guru yang profesional dan jugaberintegriti tinggi serta sentiasa ingin memajukan diri sendiri amat diperlukan.Tanpa amalan kerja dan juga sikap yang berakauntabiliti, maka seorang guru itumasih belum lagi memiliki ciri-ciri seorang penjawat awam yang profesionaldalam menjalankan tugasnya. Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannyasikap-sikap dan amalan baik seperti yang telah dibincangkan sebelum ini perludijadikan garis panduan dalam menjalankan tugas agar guru yang cemerlangdapat dilahirkan dan meningkatkan lagi profesionalisma keguruan di negara ini.
P/s : Saya belum pergi lagi KISSM ni, senang senang nanti boleh la mula baca nota apa yang patut untuk exam KISSM nih ya...alahai lemahnya =)


Comments

  1. thnks for sharing neo.. aku suke! boleh buat persediaan :)

    ReplyDelete
  2. tq sebab berkongsi ilmu yg berguna ini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada org yg berhati mulia pos soalan2 induksi nie..semoga Allah berikan rahmat kepada empunya tuan blog nie..mohon share di link di facebook ya?

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sudi berkongsi info berguna ni, semoga anda diberkati..amin.

    ReplyDelete
  5. thanx a lot 4 sharinggg!!!!=)

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak2 sebab share info yg berguna ni..mudah2n diberkati...

    ReplyDelete
  7. tq...sgt2 membantu apa yg u post nie...semoga diberkati usaha anda ini...amin

    ReplyDelete
  8. terima kasih ye dgn perkongsian ni, sy study ni je utk induksi baru2 ni, sgt membantu :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan,insyallah Allah akan permudahkan hidup kalian......

    ReplyDelete
  10. salam...sy baru nk download soalan kissm kat blog i..dh bnyk kli try..tp xdpt cz may b admin dh delete...pliz help me...i really needs dats question..huhuh

    ReplyDelete
  11. thank you....will appriciate it vry much....

    ReplyDelete
  12. ebook numerology http://audiobookscollection.co.uk/fr/CV/c2307/ murray n rothbard's free ebook [url=http://audiobookscollection.co.uk/es/How-to-Chat-Up-Men-Pb/p212545/]2008 ebook[/url] free ebook download on sex

    ReplyDelete

Post a Comment