Salah satu sifat manusia yang saya kurang gemar ialah, orang yang suka berkira. Tau apa maksud berkira tu tak ? Berkira ni lebih kurang dengan maksud bahasa inggeris stingy, self centered. Berkira ni teridiri dari segi duit, masa, tenaga, ... semuanya nak berkira. Semuanya nak kedekut, semuanya nak mengungkit, semuanya dilakukan untuk diri sendiri je...orang lain lantak kira.
Tak kira dalam kalangan kawan atau famili.
Janganlah berkira sangat.
kadang kadang kita tak perasan kan...
Kalau bab duit tu...setakat belanja kawan-kawan sekali sekala apa salahnya. Ikhlaskan hati...tau tak kalau kita memberi, Allah janjikan pahala serta rezeki yang lebih besar pada kita. So hari ni korang belanja la kawan korang tu..esok nanti dia belanja korang pulak kan ? Janganlah pula terlampau mengharap orang lain akan balas balik..ikhlaskan hati bersedekah.
Kalau bab masa tu...setakat tolong kawan hantar kat LRT sekejap apa salahnya...takkan sekadar nak kejar tidur atau nak jumpa boipren punya pasal..kawan pun taknak tolong. Berapa minit sangatlah nak hantar kawan tu kat LRT kan ?
Kalau bab tenaga tu...setakat tolong jaga harta benda kawan kawan tu apa salahnya, tolong simpan barang ke, tolong ambilkan buku rekod ke, tolong buatkan kerja sikit ke, tolong belikan barang ke..tak luak pun tenaga korang tu. Kalau kita tak buat baik untuk diri orang lain, masakan orang lain nak buat baik terhadap kita kan ?
So, sama-samalah kita jadi insan yang pemurah ya (termasuk saya ni ha). Pemurah dari segi duit, masa dan tenaga...besar pahala dan ganjaran bagi orang yang pemurah ni tau...1 kita beri...10 Allah kasi...jadi renung renungkan dan selamat beramal =)
tros terang saya seorang yang berkira-kira..tapi kalau takat hantar kawan tu tak berkira sgt la..tapi kalai da 3-4 kali hantar dia je..mmg kene kira2 la jugak..at least charge la duit minyak skit..
ReplyDeletetapi ada masanya kita perlu berkira-kira demi kebaikan kita..
hurmm,,kalau kadang kadang xpe...tapi kalau selalu cmne??? kalau kite asyik pk nk tolong..tp die buat dunno je..how??
ReplyDeletetq neo. hang x berkire ngn ak. siap kasi link pree tuu
ReplyDeleteSI Lampu Neon, kita sedih tau. Adik2 kita pun sedih. OKay macam ni, dalam keluarga besar, belah ayag atau ibu. KAmilah yg paling senang sekali. Tapi kan bila hari raya, keluarga belah ayah, boleh dikira dgn jari je bape kali bagi duih raya, sapai saya dah besar pun. Bukan lah harap sgt tapi terasa, mak bapak kami dok bagi punyalah byk bagi duit kat anak diorang. Anak diorang niat pagi2 raya nak mengepau duit mak ayah saya, ibu bapak pun hasut anak cari duit bebanyak. Padahal mak bapak diorang tak de pulak nak hulur, berkira!
ReplyDeleteTak tahu ke mereka, anak orang kaya ke anak orang miskin ke tak baik diskriminasi tau. Anak tetap anak, semua orang layak untuk bergembira untuk pagi raya.
Lain dgn keluarga belah mak saya, even ibu tunggal yg susah pun bagi2 tetiap tahun, hasilnya semakin lama semakin tambah rezeki, anak anak dia berjaya, semua masuk universiti.
Yg ibu tunggal dalam keluarga bapak saya pulak, asyik menagih pertolongan sahaja tak sudah,,, selalu cakap.."kesian lah anak anak dia ni, bagilah duit sikit..."
ada certain2 benda memang kena berkira.. sabar jelaa~ kita tlg org bukan mintak harap dia tolong balik.. tapi at least fikir2kan.. huhu..
ReplyDeletemasalah ngan org melayu ni, kalo kita tak berkira sgt, org amek kesempatan lak...
ReplyDeletejd kdg2 tuh, kena berkira gak la.