Wednesday, June 08, 2011

Sugar Glider Bermain.

Dua hari ni sugar glider saya asyik tidur jer..huhu, tak aktif pun. Tapi hari ni, pagi pagi lagi dia dah bangun , siap mandi gosok gigi lagi...hehe. 

Nak tahu macam mana sugar glider bersihkan diri ? Sebijik macam hamster laa...mereka akan kuis kuis badan, jilat jilat badan, kemudian eh eh..tidur balik ? Cepat sungguh dia tertidur...masa main pun boleh tidur hahaha...

Hari ni nak kongsi gambar suggie saya bermain dengan laptop pulak. 
Suka dia dengan laptop ya...Perkara yang paling saya suka tentang sugar glider ni adalah matanya yang hitam dan besar serta ekor nya yang lembut dan panjang = ) So cool...


panjang kan ekornya...

mata yang hitam dan besar tu macam budak kecik yang innocent !

nak buat apa tu sayang ? hihihi...

jangan risau, suggie saya ni manja, tak gigit orang pun = ) tapi kene layan dia baik baik la...puji dia selalu..jangan bagi dia terkejut..nanti dia marah dan bising = {

saya sayang kamu...

suggie saya naik langsir saya laju wooo...seronok tgk dia panjat...ni kalau dah besar boleh suruh panjat pokok kelapa nih...=)
Ok chow...jumpa next entri =)


 

Designed by Alieff Artwork