Saya Gembira.

Salam, 

Saya tak pasti kenapa hari ini saya rasa gembira sangat ! Sebetulnya, memang takde perkara penting pun berlaku hari ini, tapi rasa macam angin saya baik sekali. Wow, jarang sangat ada mood macam ni tau , maklumlah sejak dua menjak ni saya dah macam minah menopous dah. Hahaha...
Menangis tu tetap ada, tapi kali ini rasa berbeza sebab tangisan tu lebih kepada tangisan yang gembira. Tangisan yang bermaksud lega. Ya, saya rasa lega dan senang sangat sekarang ni, Alhamdulillah...ini semua sebab rahmat Allah. Allah beri peluang untuk saya rasa senang begini = )

Perkara yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk diri kita. Perkara yang kita tak suka, tak semestinya buruk untuk diri kita...

Itu yang berlaku pada diri sekarang. Saya sedar bahawa apa yang saya mahukan selama ini bukanlah sebenarnya yang terbaik untuk diri saya. Sifat diri yang terlampau memikirkan hati dan perasaan, memakan diri sendiri akhirnya. Dan apabila diberi peluang kedua untuk mengatur hidup, saya akan cuba yang terbaik untuk melangkah dengan lebih bijak dan tak mungkin akan mengulangi kesilapan lampau.

Terima kasih, wahai pembaca semua =)


Comments

  1. Perkara yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk diri kita. Perkara yang kita tak suka, tak semestinya buruk untuk diri kita...aku suka ayat ni...Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya

    ReplyDelete
  2. terima kasih wan...sy yakin Allah maha penyayang..saya dapat rasakan kasih sygnya..=)

    ReplyDelete
  3. bersyukur lah dikurniakan perasaan gembira tnpa melupaka DIA,.(^^")

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, insyaAllah...terima kasih =)

    ReplyDelete
  5. ad hikmah disebalik apa yg terjadi.. kan? :)

    ReplyDelete
  6. ipai.. jia you !! =) hehehe..thanks again beb



    toblerone, betul tu..tak sangka..seburuk buruk kejadian pun ada hikmah besar disebaliknya

    ReplyDelete

Post a Comment