Remaja Terputus Tangan Akibat Mesin Parut Kelapa.

Salam, melihatkan berita ini..saya berasa amat simpati pada adik Nor Nasuha Adnin yang mengalami kemalangan semasa menggunakan mesi pemarut kelapa yang menyebabkan tangan kirinya terputus. Innalillah...semoga Allah melindungi kita dari bencana bencana begini...

Remaja Terputus Tangan !  Tragedi Mesin Pemarut Kelapa !

Berhati hati semasa melakukan sesuatu perkara...bacalah bismillah...
 Tragedi Mesin Pemarut Kelapa !
KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun meraung kesakitan apabila tangan kirinya putus dikisar mesin pemarut kelapa ketika sedang memasukkan isi kelapa ke dalamnya

Dalam kejadian kira-kira jam 15.55 tengah hari semalam, mangsa, Nor Nasuha Adnin, 15, dikatakan sedang berada di salah sebuah kedai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) terletak di Jalan Nakhoda, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai sedang memasukkan isi kepala ke dalam mesin terbabit sebelum tangan kirinya tersepit di dalam mesin kepala berkenaan.

Menurutnya, kemalangan mendadak itu menyebabkan jari tangan hingga siku mangsa ditarik masuk ke dalam mesin pemarut kelapa itu.

“Kejadian sekelip mata itu menyebabkan tangan mangsa putus akibat dikisar bilah tajam di dalam mesin itu yang berfungsi menghancurkan isi kelapa yang dimasukkan ke dalamnya.

Susulan kejadian itu, orang ramai segera bertindak menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Kuala kangsar bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Difahamkan, mangsa yang terputus tangan kiri bagaimanapun berjaya ditarik keluar sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan kecemasan.

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat yang tiba ke lokasi kejadian sejurus mangsa dihantar ke hospital bertindak membantu mengeluarkan cebisan tangan mangsa yang masih tersepit di dalam mesin kelapa itu.

Mangsa yang dilapor stabil kemudian dipindahkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Comments

  1. mak aih..ngerinya..tapi tertanya-tanya..mcm mana boleh termasuk dan tersangkut plak tangan dia tu?

    ReplyDelete
  2. aku rela beli santan yang dah siap parut dari guna mesin ni..bahaya tu

    ReplyDelete
  3. errr....ni mesti mesen y kat pasar2 punya tu kan...skali pemerah isi kelapa tu y keluar santan...aiyyoo...+_+

    ReplyDelete
  4. sy tak pasti la yang mesin pemarut kelapanya atau ada yang besar lagi dari ni..wahh memang megerikan..tangan putus mana nak cari ganti..

    ReplyDelete

Post a Comment