Cara Buat Puding Karamel.

Yeepe ! Berjaya juga saya buat Puding Karamel hari ni...memang syok dan seronok sioot. Korang suka tak makan puding karamel nih ? Senang je nak buat puding nih..sedap tauuuu ! cuba laa

Cara Buat Puding Karamel. 

 Cara Buat Puding Karamel.
Sediakan bahan bahan seperti berikut : 
  • Tepung kastad 1/2 sudu besar
  • Telur 7 biji
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Susu cair 1 tin
  • Esen vanilla 1/2 sudu besar
  • Gula pasir 8 sudu besar
  • Loyang
  • Periuk kukus
 ok sediakan bahan bahan di bawah

Mula mula ambil loyang, dan masak gula atas loyang. 
Masukkan 8 sudu gula, dan kacau sehingga warna perang. 
Kemudian biarkan loyang tu kat tepi.

Ambil mangkuk dan pecahkan 7 biji telur dan kacau sebati. 
Kemudian masukkan tepung kastad dan kacau...

Masukkan esen vanilla 1/2 sudu besar ya..kacau lagi...

Masukkan 1/2 tin susu pekat & 1 tin susu cair dan kacau lagi..

kacau sehingga sebati yaaa...

dah siap...
sekarang masukkan larutan telur tadi ke dalam loyang berisi gula perang tadi.

sediakan peralatan untuk mengukus seperti periuk di bawah...
letak air dalam periuk...

Masukkan loyang yang sudah berisi larutan tadi ke
dalam periuk untuk dikukus...

Buka api, dan biarkan puding karamel dikukus selama 25-30 minit...
gunakan api yang sederhana sahaja...

selepas 25 minit puding karamel dikukus..tada.aaaaa...

Ambil loyang tadi dan terbalikkan isi puding karamel ke atas dulang kaca yang cantik !

sungguh menarik perhatian dan menyelerakan

wow...cantiknya !

jemput makan kawan kawan, jemput makan semua

potong dengan penuh bergaya

makan ! sodapppp !
Hebat takk huhu =) Lepas ni nak cuba resepi apa lagi yer...


Comments

  1. uikk banyak gak telur ko guna ekh..aku buat guna 3 biji jerk~~

    ReplyDelete
  2. yeih!! dah reti nak buat!! yahooo! thanks!
    esok sy try buat!

    komen blk kt entry sy..hohohohoh

    ReplyDelete
  3. Eyh, aku penat buat tapi main taram je. tade pun pakai susu cair. dan adik aku pi masak gula tu sampai hangus. syabas! puding tu jadi pahit.hahaha

    ReplyDelete
  4. hanis , lawak siot...asal buat samapi hangit..huhuhu perang perang cukupp =)


    hazhandd, cepat buat..nanti saya nak jenguk perkembangan you huhuh

    noah, huhu aku pon taktau laa aku tgk resepi pakai 7 biji..laenkali bleh kurangkan la aa

    permata biru, huhu thankss yaaa

    ReplyDelete
  5. lapar ler pulak tengok puding ni pagi2..hoho..:p

    ReplyDelete
  6. sori ek. saya buat x pakai tepung kastad. puding jadi lembut. seedaaap. saya tengok resepi kat byk blog. salah satunya yang ni.
    http://www.trymasak.my/view-text-recipes.php?RID=UT-2eb41c8e75b1b085aa0a121465fdad9d

    ReplyDelete
  7. kalu nak puding yang berkelainan sikit, tgk kat sini :
    http://kurniaanmu.blogspot.com/2011/06/kek-puding-karamel.html

    ReplyDelete
  8. ak pnah wat bende alah ni. ak tiru resipi ko. blh tahan la. ak pakse adik ak wat mggu lps

    ReplyDelete

Post a Comment