Sunday, June 19, 2011

Benci Dalam Diam.

Salam,


Saya susah nak sayang orang dan saya juga susah nak benci orang. Tapi kalau dah sayang tu, melampau lampau sayangnya. Dan kalau dah benci tu melampau lampau pula lah bencinya. 

Saya suka bila sayang itu hadir...saya paling benci kalau rasa benci dah mula hadir...Lagipun tak elok kalau kita membenci sesama manusia, tapi kalau saya dah tak suka sangat dengan sesuatu perkara datang dari seseorang tu...saya akan menjauh supaya rasa benci saya pada seseorang tu pudar dengan sendirinya...

Rasa benci ni wujud dalam diam nampaknya sekarang...Tak sangka ia hadir juga pada ketika ni...Bukan membangga diri, saya sendiri tak suka perasaan ni hadir...saya takut benci saya pada seseorang tu melampau lampau dan sukar dikawal. Tolong jauhi diri saya...jangan buat rasa benci ni makin membuak buak...Harap faham. Please Stay Away From Me.

 


 

Designed by Alieff Artwork