Friday, June 03, 2011

10 Ragam Manusia Saya Tak Suka...

Ada banyak perkara yang saya rasa saya nak luahkan...entri kali ni saya nak bagitau perkara perkara yang saya tak berapa suka tentang perangai manusia yang banyak ragam ni...

Ini baru 10 perkara yang saya tak suka tentang manusia nih...belum 10 perkara yang manusia lain tak suka pada saya kan ? Huhu..

10 perkara yang saya tak suka...
  1. Saya tak suka orang pandang rendah pada kebolehan saya, hello saya ingin mencuba !
  2. Saya tak suka orang tengok saya lemah, menangis, tak berdaya..saya nak orang nampak saya seperti superwoman.
  3. Saya tak suka orang menyindir saya, saya lebih rela orang melenting kat saya..huh..
  4. Saya tak suka orang asing panggil saya dengan nama timangan saya, rasa nak sepak je..
  5. Saya tak suka kalau orang yang tak rapat dengan saya tiba tiba layan saya baik semacam, macam ada daging terselit celah gigi..
  6. Saya paling pantang dengan orang yang mulut becok, bercakap tak henti henti macam keretapi, kelam kabut, boleh bikin saya pening sebab saya ni kurang bercakap, kurang friendly, kurang segala galanya kurang..
  7. Saya paling benci dengan orang yang buat tak tahu bila saya cuba bercakap...ada orang yang suka angkat tangan buat gaya talk to the hand.
  8. Saya tak suka dengan orang yang terlampau sibuk dengan handphone..kejap kejap mesej, kejap kejap call...kalau handphone takde, boleh mati on the spot. 
  9. Saya tak suka orang yang berkira dengan saya...kedekut. Hutang photostat 80sen pun nak berkira..
  10. Saya tak suka orang yang suka bercakap megah, riak..Kalau betul punya banyak kebolehan, lakukanlah tanpa heboh..
Banyak betul perkara yang saya senaraikan ni..apa pendapat korang pulak? Apa yang korang tak suka tentang perangai manusia ni..




 

Designed by Alieff Artwork