Tetak Manusia, Macam Kes Mona Fendi ?

Salam ! Gejala apa la pulak sekarang ni ek...semalam orang ramai jumpa beberapa jari yang dipercayai ditetak dalam sebuah bungkusan plastik...10 jari pulak tu...tindakan polis memang cepat, salah satu jari mangsa dah pun dikenalpasti siapa empunya nya...kes ni dalam siasatan...scary like kes mona fendi pulak dah !
10 batang jari manusia ditemui dalam bungkusan plastik
 Baca lagi...

KUALA LUMPUR 25 April - Beberapa petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Kereta Api Kuang, Rawang dekat sini terkejut apabila menemui bungkusan plastik mengandungi 10 batang jari manusia di tepi landasan kira-kira satu kilometer dari stesen kereta api berkenaan.

Semua jari itu dimasukkan ke dalam plastik berwarna putih bersama tali dan pita pelekat berwarna hitam sebelum dicampak di tepi landasan di Kilometer 363 arah Butterworth, Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur.

Polis yang menjalankan siasatan berjaya mengenal pasti identiti mangsa iaitu seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Mispara.

Dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan polis berjaya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan di Gombak petang ini.

Polis yang menyiasat bungkusan plastik tersebut mendapati memang benar terdapat 10 batang jari manusia di dalam plastik itu.

Menurut Abdul Rahim, polis percaya kedua-dua tangan mangsa diikat dengan pita pelekat sebelum jarinya ditetak sehingga putus.

Beliau berkata, suspek yang memasukkan jari tersebut ke dalam plastik dipercayai mencampakkan bungkusan itu dari Jambatan Jintan yang menghubungkan Taman Sri Putra Mas ke pekan Kuang terletak di atas landasan kereta api berkenaan.

"Polis berjaya mengesan identiti mangsa setelah menjalankan ujian cap jari menggunakan jari-jari yang dikerat itu," katanya sambil memberitahu jari mangsa dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam.

Feeling Lucky?

Comments