Guru Baru Panduan Berguna (GSST, KISSM & SPP).

Salam !

Hari ni aku nak kongsi sedikit sebanyak pendedahan yang perlu diambil tahu bagi seseorang yang bergelar Guru Baru. Tahukah korang yang sebaik sahaja korang di tawarkan surat mengajar di sekolah, korang sebenarnya belum lagi dilantik dan disahkan dalam jawatan yang korang fikir korang dah pegang tu.

Untuk menjadi salah seorang kakitangan kerajaan bukanlah senang. Bukannya korang belajar jadi cikgu selama 5 tahun setengah bermakna korang confirm jadi kakitangan kerajaan. No way...Sebenarnya bila korang dah bergelar guru baru, korang hanya memegang title "Guru  Sandaran Siswazah Terlatih". Hanya seorang guru sandaran yang belum dilantik dan disahkan dalam jawatan korang.

 baca lagi...

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Jadi apa perlu korang buat sebaik sahaja korang dah posting di sekolah ? Bacalah sedikit sebanyak Panduan Untuk Guru Baharu : Untuk perlantikan dan pengesahan jawatan, korang kena pergi memohon untuk ditemuduga oleh pegawai dari Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran. Link website tu ialah : http://www.spp.gov.my/. Segala maklumat tentang Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran (SPP) korang boleh baca sendiri di website ini.
  • Isi borang tersebut dengan penuh teliti..jangan ada satu maklumat pun yang tertinggal. Nantikan panggilan temuduga dari SPP, check samaada korang dipanggil temuduga secara online.
E-Permohonan SPP online

Semakan secara online. Lulus atau gagal
2. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
  • Ahhh sudah ! KISSM tu apebenda la pulak kan ! Sebenarnya selepas korang dah ditemuduga oleh SPP, dah lulus SPP, korang kena pulak pergi Kursus Induksi yang lebih dikenali sebagai KISSM.
  • KISSM ni adalah kursus yang korang kena attend, dan ada penilaian akan dibuat semasa korang menjalani kursus ni. Kalau nak baca lebih lanjut tentang KISSM, korang kena check entri aku yang terdahulu tentang KISSM : Kursus Induksi KSSIM
  • But anyway, aku ada dengar berita baru yang KISSM ni akan digantikan dengan Program Mentor Mentee. Kalau program mentor mentee ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, rasanya KISSM tu mungkin akan dihapuskan bagi guru baru.



Aku rasa takat ni dululah aku cerita. Setakat ni korang fokus lah dulu isi borang online di SPP tu dulu. Harap harap siap sedialah untuk ditemuduga. Semoga perlantikan kita dalam menjadi kakitangan kerajaan di sektor pendidikan ni berjalan dengan lancar...amin. Aku harap korang jangan memain lah ok, sebab aku dengar bukan senang nak pass perlantikan ni. 
Feeling Lucky?

Comments

  1. belajar jadi cikgu pun 5 tahun stengah?respek ah!

    ReplyDelete
  2. eh jgn salah faham komen tadi ye.cuma selama ni jahil pula ingatkan belajar nak jadi cikgu 3 tahun je.

    ReplyDelete
  3. Neo dah daftar SPP? Hmm, tahnks for the info ok.. Huhu. tak sabar rasanye nak sah lantikan...

    ReplyDelete
  4. ada kursus KISSM induksi leh daftar online..kalu boleh apa linknya..sy xri x jumpe2
    tq

    ReplyDelete
  5. aku dah lulus interview tu... so tggu surat pgesahan lantikan jer

    ReplyDelete

Post a Comment