Lupa Tahiyat Awal Solat.

Salam !

Kadang kadang kita ni terlupa, lalai , cuai dalam solat. Pening kepala fikir macam macam hal sampai terlupa nak buat Tahiyat Awal. Macam mana tu apa hukumnya ? Sepertimana yang kita dah sedia maklum Tahiyat Awal tak disenaraikan dalam 13 rukun solat. Jadi ianya sunat dikerjakan.

 Baca lagi....

Walaubagaimanapun, was was juga ni kalau tertinggal Tahiyat Awal, walaupun aku tau tahiyat awal tak wajib, tapi aku sanggup restart balik solat tu...takut Allah tak terima pulak. Sebenarnya macam mana ya nak buat ? Ni jawapan yang aku ambil dari website lain...

- Jika meninggalkan tasyahhud awal kerana lupa, ia tidak menjejaskan solat. Cuma pada akhir solat dituntut supaya dilakukan sujud sahwi. Dalilnya hadais Buhainah, bahawa Nabi SAW pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awwal kerana terlupa. Kemudian, di akhir solat, Nabi SAW sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim 570).

- Jika meninggalkan tasyahhud awal dengan sengaja, ada khilaf di kalangan fuqaha. Majoriti ulama mengatakan: sah solatnya kerana tasyahhud awal adalah sunat bukan wajib. Manakala Imam Ahmad menganggapnya wajib, dan batal sembahyang jika ditinggalkan sengaja. (Majmuk Nawawi 3/450).

Sunat sujud sahwi bagi mereka yang tidak mengerjakan tahiyat awal. Hukum sujud sahwi adalah sunat menurut majoriti ulama dan tidak perlu diulangi solatnya jikalau terlupa atau sengaja meninggalkannya.

Riwayat Muslim megatakan: “Kalau seseorang menambahkan sesuatu atau mengurangi sesuatu dalam solatnya, maka hendaknya ia bersujud dua kali.”

Bila aku tengok video ni baru aku paham...kalau tertinggal Tahiyat Awal atau mana mana perkara yang bukan rukun, di akhir solat sebelum beri salam, kita kena sujud dua kali...Niat dalam hati buat "Sujud Sahwi". Sujud sahwi ni ada bacaan dia, tapi ustaz kata, kalau tak baca pun takpe, niat buat Sujud Sahwi je dah mencukupi. Sujud sebanyak 2 kali kemudian barulah beri salam. Setel.

Video : Terlupa Tahiyat Awal Dalam Solat...Bagaimana Caranya ? Buatlah Sujud Sahwi


Feeling Lucky?

Comments

  1. thankz 4 d info...
    aku slalu gak (mmg slalu pun) tggal tahiyat awal nie...
    last2 wat sujud sahwi n bace doa ye dlm ati (coz aku ingat maksud doa dlm mlayu, arab ye aku lupe)...
    but disebabkan slalu lupa tahiyat awal, kdg2 aku was2 gak solat aku sah @ x...

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 dis info...i will share it.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment