Cik Shida @ Cikgu Shida Ada Buah Hati ?

Salam !

Cun jugak cikgu shida ni kan

Popular lagi cikgu shida kita hari ni yer...hik hik hik aku turut rasa geli gelian tapi nak jugak post pasal isu semasa yang hangat ni hahaa...Harian Metro interview Cikgu Shida ni..takde buah hati ke ? Ni ha jawapannya...


Lelaki takut mendekati Cikgu Shida ?
PARIT: “Mana ada... lelaki mungkin takut nak mendekati saya selepas menyaksikan klip video yang saya hasilkan,” itu reaksi spontan Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, apabila ditanya kemungkinan ada lelaki cuba mendekatinya untuk dijadikan pasangan hidup selepas akhbar ini mendedahkan klip video gila-gila diciptanya dalam laman web Youtube.

Cikgu Syida yang masih bujang mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web sosial berkenaan.

Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.

Sejak enam hari lalu, klip video berkenaan menerima tambahan 100,000 pelayar sebaik kisahnya dipaparkan Metro Ahad pada 17 April lalu, menjadikan keseluruhan 112,841 pelayar sehingga petang semalam selain laman web peminatnya dikunjungi lebih 40,000 peminat.

Dia yang dihubungi wartawan Metro Ahad semalam menegaskan, tiada peminat ‘istimewa’ cuba mendekatinya, sebaliknya ramai memuji dan menghormati ‘kerjaya’ baru dilakukannya.

“Saya tidak menyangka bakal memperoleh populariti setaraf ‘selebriti’, namun pada masa sama akan tetap meneruskan hobi ini selagi tidak menyalahi undang-undang serta mencemarkan profesion perguruan.

“Malah, saya percaya lambat laun ia akan diterima semua golongan masyarakat,” katanya yang kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri.

Katanya, dia tidak menyangka menerima ramai kawan baru, malah hampir 5,000 peminat mengunjungi laman web peminatnya dalam sehari.

Dia juga terkejut, dalam tempoh enam hari semua klip video mimingnya terus menerima kunjungan pelayar Internet daripada serata dunia.

Cikgu Syida, anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, mula menghasilkan miming lagu pertamanya bertajuk ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.
Psss...kakak aku cakap camni "Ada ke yang berani dengan Cikgu Shida tu?"...Aku jawab..."Eh mestilah ada peminat punya, mana tau orang yang sekaki sekepala dengan dia"...Takpelah, aku doa yang baik baik je lah, moga moga Cikgu Shida ni berhentilah buat video melalut macam tu...ambil ni sebagai teguran la ye Cik Shida....Sebagai seorang guru, aku rasa malu sangat...tak tahulah penerimaan guru sekolah Cikgu Shida macam mana pulak ye ? Ok, chow !



Feeling Lucky?

Comments