Sunday, April 03, 2011

Budak Khas Bijak Matematik !?

Salam !

Yall, korang pun tahu aku mengajar kanak kanak berkeperluan khas kan ? Aku nak cerita kat korang la yang aku ada jumpa keistimewaan sorang anak murid aku nih. Siapa sangka, walaupun dia ni adalah seorang kanak kanak autisme, dia ni bijak matematik tau. Wahhh..interesting beb.

baca lagi...

Ingat tak yang aku cerita pasal Budak Cina Pandai Azan tu ? Haaa haritu adik dia, kali ni abang dia pulak. Abang dia ni minat matematik. Aku mengajar Bahasa Inggeris pun dia tulis nombor gak kat kertas kerja. Kat mana pun dia suka tulis nombor. Masalahnya kadang kadang orang naik geram dengan dia sebab dia suka tulis nombor kat badan kawan kawan dia. Bila kawan kawan dia tak suka, kawan kawan dia pukul dia..wuu..

 setiap hari nak buat matematik je. subjek lain dia taknak buat langsung


asyik asyik tulis nombor je...

nak jadi pakar matematik ni

heheh dia tahu buat plus je...tak tahu buat minus lagi lol

ok thats all ! chow !
Feeling Lucky?
 
 

Designed by Alieff Artwork