Salam Ahad yaal !
Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Feeling Lucky?
Apa kabar semua ? Blogger mana yang kahwin hari ni angkat tangan ? Hehehe...Pssstt...dengar cerita Ashraf Muslim dah bertunang ye ? Sekali tengok gambar ni ingatkan majlis kahwin...rupanya baru tunang. Tahniah kepada pasangan yang sama cantik ni...cute dua dua...jeles aku tengok =)
Anyway siapa Ashraf Muslim tu ? Dan siapa pula Noor Diana tu ? Nak busybody japs...jom tengok biodata diorang ni dulu...Scroll lagi sampai bawah untuk tengok gambar pertunangan diorang yer !
Biodata Ashraf MuslimNAMA KOMERSIAL: Ashraf Muslim
NAMA SEBENAR: Mohd Ashraf Muslim
TEMPAT LAHIR: Teluk Mas, Melaka
TARIKH LAHIR: 19 September 1981
STATUS: Bujang
TINGGI: 180 sm
BERAT: 67 kg
KERJAYA: Ahli perniagaan, pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak sulung daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pentadbiran Perniagaan (Kuala Lumpur Infrastructure University College)
TELEFILEM/SIRI: Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Lagu Cinta Kita, Anumerta, UP: Hati, Rumah Depan Sebelah Kedai, Puaka Niyang Rapik, Yusuff, Ilusi, Pasukan Gerak Marin, Dari Mata Ke Hati, Jangan Pandang Belakang (siri)
PROGRAM TV: Shifa, Gadis Melayu 3
Biodata Noor DayanaNama : Noor Dayana Haji LokmanUmur : 24 TahunKerjaya : Pelajar Jurusan Perubatan di Universiti Mannipal, India.
Jom layan gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana !
Mak aih..bertuah...bini lawa, husband hensem...= )
Baca lagi....
Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Hubungan akrab dengan keluarga itu membuahkan bibit cinta antara pelakon Ashraf Muslim yang berusia 30 tahun itu dengan anak kedua Lokman, Noor Dayana, 24, yang juga pelajar Jurusan Perubatan di Universiti Mannipal, India.
Pasangan itu kelihatan segak dan anggun apabila mengenakan busana tradisional moden berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail, manakala pelamin disediakan Azmi Othman. Cincin pertunangan disarungkan ke jari Noor Dayana oleh ibu saudara Ashraf, Fatimah Azim.
Majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup untuk ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media, turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
“Ciri-ciri Dayana yang merendah diri, bertudung, solehah dan sedap mata memandang merebut hati saya. Keserasian yang ada membuatkan kami yakin untuk bersatu,’’ katanya.
Pasangan yang merahsiakan jumlah wang hantaran itu bercadang menaiki jinjang pelamin pada 1 Syawal (30 Ogos) di Masjidil Haram, Makkah.
Comments
Post a Comment