Tsunami di Jepun 2011 !

Salam yaal !

Google tsunami alert : 
Membuatkan aku tersedar tentang bencana alam ni ! Thanks to google !
Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.


Feeling Lucky?

Sumpah aku tak tengok paper atau mana mana berita pasal Tsunami ni. Maafkan aku...anyway thanks a lot to Google sebab buat alert pasal Tsunami ni...

Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya kau lah maha kuasa, maha esa...lindungilah kami, kasihanilah kami, sayangilah kami Ya Allah. Lindungilah semua umatmu di muka bumi ini dari segala malapetaka dan bencana mu Ya Allah...

Baca berita gempar di bawah berkenaan Gempa Bumi di Tokyo, Jepun...dengan skala 8.9 Magnitud, dan gelombang Tsunami hingga 10 meter tinggi...MasyaAllah...


Gempa Bumi Jepun, 8.9 Magnitud
 Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud

2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Tsunami Jepun, 8.9 Magnitud
Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

Credit to : Berita Harian Online, dan Metro Online

Gambar Gempa Bumi Jepun, 8.9 Magnitud


Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011










 
Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011










 
Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 
Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 
Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 
Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 

Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011

Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 

Gambar Tsunami / Gempa Bumi di Jepun March, 2011
 
 
 
 
 

Video Gempa Bumi Jepun, 8.9 Magnitud


 Video Gempa Bumi Jepun

Video Gempa Bumi Jepun

 Video Gempa Bumi Jepun

Video Gempa Bumi Jepun

Video Gempa Bumi Jepun

Aku harap informasi yang aku share ni dapat dikongsi dengan semua orang. Korang take care, jangan mandi manda kat laut laut. Ok...mana tau gelombang sampai kat sini ker...Hurm...risaunyer... = (
Eh, jangan lupa share entri ni kat facebook ! Like je butang kat bawah ni...sebarkan tentang  bencana ni dan doakan keselamatan manusia sejagat !

Comments

Post a Comment