Kursus Pengurusan Jenazah 2011.

Jenazah pun boleh bercakap-cakap gak tau!!

Tak percaya ke? Relax...baca dulu apa yang aku nak stori nih..Atas permintaan mak aku, aku dengan sis aku (serta adik beradik aku yang lain) kena gak belajar cara nak menguruskan jenazah. Sebab mak dengan ayah aku nak jugak anak dia sendiri yang uruskan diorang bila diorang dah takde nanti.


Feeling Lucky?


 So, adekah kitorang bersedia nak uruskan jenazah? Kalau nak dibandingkan aku dengan sis aku, sis aku lagi tahan sikit berurusan dengan mayat nih. Aku selalunya jadi pening bila masuk bilik mandi mayat. Boleh pitam...Poyo gak aku ni, kalau dulu cita-cita nak jadi forensik konon. Hampeh la !

Kitorang dah lulus ke mak ohh mak?
 Jawab periksa dengan penuh syahdu...Hahaha.

Aku nak tiru jawapan sis aku ahhh...jeng jeng jeng... 

13/16...hoh not bad selepas aktiviti meniru orang sebelah (sis) dan orang dua belah (mak)... 

15/16 hoh...not bad gak sis aku nih...cisss!

 
 Mak ohh mak...

Siap ade model mayat lagi tauuu...model jenazah yang boleh bergerak-gerak dan bercakap-cakap ! Woo..thanks la to this adik because being so sporting!


Bersonggoh songgoh betul ustazah tu terangkan...aku je yang hampir ngantuk...


Ok ok...aku concentrate nihhh!!


Taburkan kapur barus dan daun cendana, kasik bauu wangii punya...minyak atar jangan lupa ;)


Makcik,tolong jangan block pemandangan saya okaayh!


Ustazah ni dulu ajar aku mengaji tauuu...waktu aku kecik-kecik dulu ahh...aktif betul dia nih...


Ok, model jenazah tadi dah kene siram siram dah...mesti jenazah tu bergerak-gerak sebab dia geli geleman ... air dahla sejuk pulak tuhhh..


Lepas tuh, dapatlah sijil...hehehe...betul ke dah pas nih? Cam pelik jer.. hahaha...


Boleh lah, lepas ni uruskan jenazah sesape...takde hal lahh...(jangan caye aku nih)


Ada beberapa perkara yang aku belajar dari kursus pengurusan jenazah ni yer. Ilmu menguruskan jenazah ni adalah fardu kifayah tau. So korang kena amik tau gak. Nanti kalau ade yang mati, takdelah blur or gabra sangat okayh?

Langkah pantas kena buat kalau ada orang mati : 
  • Ucap " inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un " Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
  • Tukar pakaian & sucikan qubul dan dubur dia dari kotoran sebab nak mati tu kan perit...ada yang sampai terberak...
  • Rapatkan mata dia dan qiam tangan dia macam orang nak sembahyang.
  • Rapatkan mulut dan ikat dagu simpul atas kepala supaya mulut dia tak ternganga.
  • Luruskan anggota badan dia dan urut-urut sikit bagi badan dia tak kaku.
  • Letakkan kat tempat tingga lepastu menghadap kiblat.
Apa dia, rukun menguruskan jenazah? Ada 4 semuanya.
  • Mandikan jenazah
  • Kapankan jenazah
  • Solat ke atas jenazah
  • Kebumikan jenazah
Siapa yang boleh menguruskan jenazah ? 
  • Keluarga
  • Waris
  • Sanak saudara terdekat
  • Bilal atau imam kalau takde waris
Apa ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang yang nak menguruskan jenazah ?
  • Sabar
  • Berani
  • Amanah
  • Ilmu yang cukup
Baiklah, itu saja yang aku nak kongsi harini dengan korang semua. Mesti korang pernah gak amik kursus pengurusan jenazah ni kan? Hihi...terus terang aku cakap, aku belum mantap lagi dari segi mental fizikal kalau nak menghadap orang mati nih. Gementar seluruh badan woooh. Chows !

Tags : Jenazah, Pengurusan Jenazah, Menguruskan Jenazah, Jenazah Lelaki, Jenazah Wanita, Kursus Pengurusan Jenazah 2011, Kursus Pengurusan Jenazah, Pengurusan Jenazah, Mayat, Agama Islam, Allah.



Photobucket

Comments