Sunday, March 06, 2011

Kereta Viva Saya !

Salam yall !

Baru baru ni ada visitor, Wanie Aziz yang bertanya pada aku camne pengalaman aku guna kereta viva nih. Korang agak agak aku puas hati tak dengan viva elite aku ni =)

mana satu kereta neo silampuneon ? ehehe...korang mesti tau punye ! = )



Jom ikuti entri ni untuk mengetahui pengalaman aku guna kereta viva nih.= )

Alhamdulillah, setakat ni memang aku puas hati sangat sangat. Paling best, penggunaan minyak memang save sangat ! Kalau isi minyak full RM50, dapatlah guna seminggu lebih pergi balik rumah ke tempat kerja setiap hari, malah siap boleh pergi jalan pusing pusing town lagi tu..

Hati seronok laa bila isi minyak penuh..lenjan laa weh !

Papehal pun, aku ingatkan...kereta viva ni city car. Khas direka untuk perjalanan yang slow and steady. Dengan kereta viva, jangan lah bawak laju laju gila babas...body kereta ringan, mahu melayang kalau korang speeding kat jalan raya. 

Lagi satu, body kereta viva ni lembut, macam tin milo (which perkataan yang korang biasa dengar) so, berhati hatilah ketika memandu...langgar batang paip jer dah boleh kemek macam hidung korang yang kemek tuh. Hahahaha...

Oh ya, part ni paling best ! Kereta viva ni jugak sesuai sangat bagi pengguna jalan raya yang suka memotong, menyelit ketika jam especially. Kereta viva yang bersaiz kecik, kompak, dan comel ni memang mudah di handle, sebab tu aku suka sangat sangat. Parking ? No prob !

P/s : Papehal pun bersyukur dah ade kereta sebijik...tak kesah la korang nak kutuk kereta viva elite ni mahal ke ape ke kan, janji aku puas hati guner kereta ni, minyak pun save. Hehehe...Chow !
 

Designed by Alieff Artwork