Kelas Belajar Menjahit !

Salam !

Wow, makin ramai nak belajar menjahit sekarang ni yer ! Maklumlah kemahiran menjahit sekarang ni lebih diperlukan. Nak tempah baju sekarang harga makin lama makin mahal kan ! =)

Sesi bersama Neo silampuneon menjawab email email berkenaan kelas menjahit =)


Feeling Lucky?


Soalan (Email 1) : Dikai Diana
salam,
saya ada membaca blog awak pasal belajar menjahit di taming jaya...
mcm mne nak daftar kat stu...
Soalan (Email) : Anis
salam perkenalan,
saya ada terbaca entry awak pasal kelas menjahit kt taming jaya.boleh dapatkan contek no kak suri tu...
rasa mcm nk belajar menjahit jugak.
tq ya.
regards,
-anis-

 Jawapan : Neo Silampuneon
Salam Diana & Anis, terima kasih kerana sudi baca blog saya. Harap maklumat berkenaan kelas belajar menjahit ni boleh membantu awak. Awak cuma perlu call Kak Suri di nombor talian dibawah atau boleh datang terus ke kedai Kak Suri, untuk alamat kedai jahit awak boleh call : No Telefon Kak Suri : 0193577282 / 0199025491. Btw, Kak Suri ada buka dua cawangan. Satu di Balakong, dan satu lagi di Bangi. Kalau nak ke sana, boleh call dulu =)

Soalan (Email 2) : Mas Liana
Assalammualaikum w.b.t

Hai..Saya ada terbaca dalam blog awk mengenai Suri Tailor, secara kebetulan saya memang tengah survey kelas menjahit yang murah. Saya perlukan keterangan lebih lanjut. Soalan saya :-
1) Bayaran rm150 untuk baju kurung tradisional sahaja @ termasuk jenis² baju kurung yg lain? kalaux termasuk, berapa bayaran untuk baju kurung moden, kurung pahang dll.
2) Berapa orang pelajar yang kak Suri ajar pada hari sabtu & ahad? (kalau ramai susah jugak, sebab takut kurang tumpuan pada yg 'kurang mahir langsung' macam saya)
3) Berapa lama jangka masa habis belajar @ kak Suri ajar sampai pandai? (bayaran kena tambahx?)
4) Kelas belajar memang dah di terhadkan sabtu & ahad, pukul 9pg-10mlm ke?
5) Paling penting, ada kekosongan lagi?

Jawapan : Neo Silampuneon
Salam mas liana, bayaran RM150 tu hanya untuk baju kurung tradisional jer. Bayaran berlainan untuk baju kurung design yang lain. Selalunya, sabtu ahad tu takdelah ramai sangat yang datang belajar, sebab kadang kadang ada pelajar yang datang pagi sampai petang...dan ada juga yang datang belajar dari petang sampai malam. So takde la full house =) Macam saya pun, saya ni lembap sikit bab jahit menjahit ni...tapi Kak Suri pandai...dia ajar sorang satu persatu..so dont worry. Jangka masa belajar menjahit ? Bagi orang yang kurang mahir macam saya ni, saya ambil masa 2 bulan itupun datang sabtu ahad je kan. Kak suri akan charge RM150 je dan ajar sampai kita pandai buat baju kurung sendiri. Untuk soalan nombor 4, memang kelas belajar menjahit hanya pada hari Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 10 malam), tapi kalau nak datang hari bekerja..kena bincang dengan Kak Suri lah. And jangan risau, mesti ada kekosongan punya...insyaAllah...

Comments

  1. nak bljr gak boleh??hahaa

    tag anda..
    http://www.wooferstorm.com/2011/03/1st-travelog-contest-usahawan-muslim.html

    ReplyDelete
  2. Kak suri, kalau nak belajar menjahit baju melayu berapa pulak ek. Terima tak lelaki kalau nak belajar jahit. :)

    ReplyDelete
  3. Ada ajar jahit baju melayu ke? Beritau skali yuran nya...Reply kt email saya ringilera77@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment