Tuesday, March 01, 2011

Kakak Aku Hilang Selepas Balik Kerja Di Subang...

Salam...

Ya Allah...sesungguhnya dugaan ini amat perit...ampunilah dosa kami dan lindungilah kami dari kejahatan makhlukmu di dunia dan di akhirat. Amin...

Sekarang jam dah pukul 10.30 malam. Dari magrib tadi seisi keluarga aku gempar, susah hati, menggigil satu badan sebab kakak aku tak balik dari kerja lagi. Mak aku dah macam orang tak betul dah, mundar mandir menangis sebab kakak aku tak balik. 

Rasa risau giler dah, zaman sekarang ni banyak kes culik, kes bunuh, kes rogol, kes jual orang...semua tu buat kitorang semua risau. Abah aku muka dah tak boleh blah dah tadi...mak aku dah nangis nangis, berdoa, solat hajat supaya kakak aku selamat balik rumah.

Aku plak yang tak tahu ape ape ni duduk jer dalam bilik mengadap blog. Sumpah aku tak perasan kakak aku tak balik rumah...bila mak aku nangis nangis baru aku keluar bilik...Yang abang angah aku pulak turut risau, kitorang semua try call kakak aku tapi...tak dapat.

 kalau korang kenal kakak aku...sila contact aku ok...
 gambar terakhir...

Abah aku call kawan dia selaku bos kakak aku, call rakan kerja kakak aku, aku dengan abang aku duduk risau, mak tak henti henti menangis. Mana kakak aku ni ? Aku text handphone kakak aku walaupun aku tau dia tak dapat baca mesej tu..." Woi, ko kat mana ? Kitorang nak report polis ni "...lepas tu...


Dalam kekalutan tu, abang aku keluarkan Iphone dia...terus check Facebook kakak aku, pastu dia cakap camni " Ain baru online 1 jam lepas, mak ". Kitorang pun tersenyap kejap. Mak aku terus terdiam, dan terus membentak : " What ? Ain online facebook ??? Kat mana dia online ??? Kat opis dia ke ?? Ke dia dah balik rumah duduk dalam bilik ??? " 

 ini status terakhir kakak aku sebelum dia hilang...

Mak aku meluru naik atas tangga banglo kitorang ni. Aku pun mengekori mak dari arah belakang. Mak menendang pintu bilik kakak aku sepenuh jiwa raganya sambil menjerit " Ain, ain ko kat mana ?? Ko ade dalam bilik ni ker ?? Keluar ko sekarang gakk !! Astagfirullah al azim...Ya Allah,, ko ni memang tak sayang mak, ko ni memang tak hormat mak, tak tahu mak risau macamana perasaan mak, mak ingat ko tak balik lagi !!! " Serentak tu...air mata mak berjurai jurai...

Ok, seriously, kakak aku...!! Dia bangun dari katil...terpisat pisat. Muka mengantuk..." Mak, ain balik tadi ain dah bagi salam dah kat mak, mak sibuk ajar budak budak mengaji..., ni haa handphone ain ni habis battery..."

Aku ? 

Serious rasa nak pelangkung kakak aku straight away...Angah aku, muka bangga sebab Iphone dia telah membantu menyelamatkan keadaan. Mak menangis tak henti henti namun panjat syukur di tepi tangga depan bilik kakak aku. Abah, terus call bos kakak aku bagitahu everythings back to normal.

Kesimpulannya, korang leh fikir sendiri...!

P/s : Haih...nasib baik lah tak jadi cover depan surat khabar...Gadis 25 Tahun Hilang Selepas Balik Kerja Di Subang. 

Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork