Monday, March 28, 2011

Jerawat Nasi.

Salam !

Fuuh, jerawat nasi ! What the hell is that ? Gahhh kalau korang perempuan, korang lebih arif tentang segala nama jerawat ni kan. Haaa...bagi aku ni plak, aku memang mempunyai masalah ber-jerawat nasi ni. 

baca lagi...jerawat nasi....
• Jerawat nasi Credit : Alia- jerawat ni biasanya bersaiz kecil dan mudah dipecahkan. Tak perlu tunggu masak pun takpe sebab dia sangat kecil or sebesar liang roma. Agak mudah diubati. Tak perlu ubat rasanya sebab hanya boleh dipecahkan guna jari. Pastu jgn lupa basuh muka dan jari tu pulak :)

Geram siot !! Aku bab bab jerawat ni, memang jarang betul lah kena jerawat yang saiz besar gabak tu kan. Tapi aku selalu kena jerawat nasi. Jerawat nasi ni dah bertahta macam komuniti plak dekat dahi aku yang jendol ni. Sakit hati aku tengok...pantas sungguh jari jemari yang gatal ni merayap ke dahi ku untuk mengeluarkan nasi nasi tersebut...

Tapi satu masalah lagi, bila cuba keluarkan jerawat nasi tu...dia taknak keluar la pulak !! Sakit jiwa raga aku. Tak cukup satu tangan, dua tangan aku guna...tak cukup dua tangan dengan kaki kaki sekali aku guna semata mata untuk menghapuskan riwayat jerawat nasi ni. Beb, tak berkesan !

Petua Menghilangkan Jerawat Nasi : 

Cara-caranya mudah aje.
1) Ambil semangkuk air panas
2) air panas tadi kita wapkan pada muka kita (ini adalah untuk membuka segala liang-liang roma pada muka bagi memudahkan pengeluaran putih-putih pada hidung (nasi).
3) selepas muka diwapkan beberapa minit
4) ambil sehelai tawel bersih lapkan dimuka atau ditempat yang ada (nasi tasi seperti di hidung dan di celah2 hidung. Lap dan picit sedikit demi sedikit hidung tadi dan Insyaallah segala nasi yang nampak tadi akan keluar dan hidung anda akan nampak lebih licin dan bersih tanpa berbintik2.

Petua pun petua gak, ada produk yang sesuai menghilangkan jerawat nasi ni tak ? Huhu mestilah ada...aku ade baca forum ni, diorang suggest produk Proactive Solutions.Entah ok ke entah tak. Korang rasa macam mana ??


Feeling Lucky?

 

Designed by Alieff Artwork