Guru Dilarang Mempunyai Laman Blog ? (Updated)

Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia !

Gempar ! Guru dilarang mempunyai laman blog ? Korang tau tak sebenarnya seorang guru dilarang mempunyai laman blog ? Sama ada korang sebenarnya tak tahu atau tahu tapi buat buat tak tahu. Anyway, biarlah aku menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.



Semasa aku berada di Kursus Pendedahan Pendidikan Khas aritu, aku mengikuti satu slot ceramah dari orang jabatan pelajaran berkenaan tatatertib dan salah laku penjawat awam. Banyak salah laku yang boleh dikenakan tindakan kepada guru guru yang melanggar peraturan yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002  tu.

Masa pegawai pelajaran tu terangkan pasal peraturan peraturan tu, pegawai tu ade sebut yang "seorang guru tidak boleh mempunyai laman blog".Siap tertulis dalam slide presentation tu lagi. Sumpah aku terkedu beb...Rasional nya ialah, guru ni tak boleh buat sebarang pernyataan secara bertulis atau lisan dekat public. Untuk maklumat lanjut, korang baca petikan bawah ni :
Untuk Perhatian : Semua Pegawai Awam


Terkejut kan ? Anyway, jangan risau.. korang boleh mempunyai laman blog tetapi bersyarat. Syarat dia ... korang kena minta kebenaran dengan mengisi borang permohonan yang boleh diambil dari jabatan pelajaran negeri.

Update : Berdasarkan komen yang korang beri...aku tahu ramai yang tak berpuas hati atau terkejut dengan isu ni. Peraturan ni bukan hanya untuk guru guru sahaja, tapi semua yang bergelar penjawat awam. Aku juga tak pasti sama ada blog personal perlu mendaftar ke tak. Untuk mengambil langkah selamat, korang yang bergelar penjawat awam tu (tak kira lah cikgu ke tak) kena lah jaga jaga dengan content korang dalam blog tu ok. Jangan menyentuh atau buat ulasan tentang apa apa dasar atau keputusan kerajaan. Silap silap nanti korang boleh dikenakan tindakan tata tertib.
Tapi walaubagaimanapun, aku cukup lega dengan komen dari Zara :
LORD ZARA 札拉 said...  : Aku pergi induksi, dia beri penerangan tentang ni. Takde kesalahan pun kalau tak buat benda kontroversi.

And korang harus ingat, peraturan ni bukan untuk guru je, tapi untuk semua pegawai yang berkhidmat di sektor awam macam Encik Psycopath kata :
Encik Psychopath said... : Ni bukan kes guru je. Tapi segala pegawai sektor awam.

And one more thing, kalau korang dah daftar blog korang kat jabatan, means blog korang akan sentiasa dipantau ! Bak kata si pluckpoppy :
Aezlika said...  : once ko da reg..ko akan sentiasa dipantau ar tu hha..tp blog personal kot..haihh

Feeling Lucky?

Comments

  1. kalau merungut banyak kerja kat sekolah boleh tak??

    ReplyDelete
  2. haaa? ye ke? cmne tu? kalau cite dlm blog tu kisah perjalanan hidup sendiri?? tak berapa nk faham ulasan atau pernyataan am tu. tak berapa nk specific. hihi. walaupun sy ni bukan la seorang guru.. just wondering laa... huhu.

    p/s: kes cikgu shida? :P

    ReplyDelete
  3. uik ape rules ni...

    cikgu neo saya rase adlh elok jgn daftar krg tak pasal kena "ban"...

    ReplyDelete
  4. Aku pergi induksi, dia beri penerangan tentang ni.

    takde kesalahan pun kalau tak buat benda kontroversi.

    ReplyDelete
  5. once ko da reg..ko akan sentiasa dipantau ar tu hha..tp blog personal kot..haihh

    ReplyDelete
  6. baek ko dftr cpt b4 aku repot...


    ahhahah...

    gelak jahat..!!!

    hauhauhaua...

    ReplyDelete
  7. Ni bukan kes guru je. Tapi segala pegawai sektor awam.

    ReplyDelete
  8. biar betul weh neo? aku terkejut ni..huhu.. hbs cm ne, mmg kne daftar lah kalo dah jadi cikgu?
    (habis la aku, dah slalu bukak isu pendidikan!!)

    ReplyDelete
  9. Kena isi borang daftar? wahh,susah gak jadi cikgu nie

    ReplyDelete
  10. no way !! blog aku takde kene mengena ngan kerajaan , atau pendidikan atau sape2 saje yang berkaitan . ceh . tak kuasa nak tulis pasal kerajaan atau non-kerajaan di blog aku .

    ReplyDelete
  11. hi... nk copy sikit content yer... ramai kengkawan yg cikgu..

    http://just2story.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Neo.. ishk.. sampai camtu sekali ye..
    Tapi, kalau tak menyentuh hal dasar dan kerajaan, rasenya tak pe kan... ke macam mane?

    Mintak izin nak kongsi entri ni..

    ReplyDelete
  13. ada satu kes, leh tahan gak cekgu tu...berpeluh2 bila geng2 gomen turun siasat...
    mungkin nak traffic ramai dengan panaskan keputusan2 gomen...
    so, blog untuk kita layan apa yang boleh selagi tokei tak marah....

    ReplyDelete
  14. lol. apa punya rules daaa...
    banyak tol rules yg cikgu kena patuhi..
    sob2 T_T

    ReplyDelete
  15. Apa? Aku rasa Facebook pun sama. Kita tak boleh sesuka hati membuat kenyataan awam. Kalau macam tu dah berpuluh ribu dapat tindakan...?

    Pendek kata lepas ni cerita yang mulus-mulus, yang indah-indah sahajalah ya silampuneon...

    ReplyDelete

Post a Comment