Saturday, March 05, 2011

Buffered Earnings Nuffnang Edisi Mac.

Salam bloggers !

Aper cerr nuff ! Lama tak berborak pasal benda yang boleh buat duit ni. Bukan la kepingin sangat dengan duit dari nuff, tapi...dah nama pun blogging. Apa lagi yang boleh dapat sebagai sampingan kalau bukan duit, ye tak ? 

Baru baru ni woot woot banyak kongsi tentang cara cara nak dapatkan buffered earning. Aku pun amik tau lah sikit sikit...jeles jugak bila tengok blog lain yang impression rendah dapat buat duit...aku ni dapat income ciput jer..takde skills langsung ! Macam hampeh...nak kata diorang bodek nuffnang, tak jugak ! Haha...

ok, tengok analitik trafik blog untuk minggu ini.

Feeling Lucky?
ok, tengok analitik trafik blog untuk minggu lepas
takdelah tinggi mana pun traffic ni, cuma aku puas hati la

Orang ada tanya, blog aku ni komen komen pun sikit...update pun jarang...kenapa traffik boleh maintain? Ok, macam biasa..aku nasihatkan kat korang supaya...

Komen blog tak payah kejar sangat, menempek kat shoutbox tak perlu kejar sangat. Yang penting update, update update...entri korang biar entri yang dapat meningkatkan SEO...Entri dan tajuk entri mesti tepat dan disukai googlers. Dengan cara ni, korang tak payah blogwalk sangat pun semata kejar traffik...nanti traffic tu akan naik sendiri tanpa sedar.

Baru baru ni baru diberi peluang dapat kempen running dalam blog. Itu pun dah cukup bersyukur dah...tapi harapan nak tinggi aje. Kalau boleh Nuffnang letak la banyak kempen running dalam blog aku ni..Harapan ku, harapan mu jua...

 Kempen iklan : Digi Super & Digi Happy, Celcom BB.

Earnings :  51.95 sen...eh dah boleh cash out la.
Jom cash out !

\Create ticket sudah, update blogger biodata pun sudah, update survey pun sudah. Lengkap semuanya...harap harap advertiser atau nuffnang tambah kan lagi kempen dalam blog ni ! Kalau tak...aku nak commit suicides =)  

So korang pulak camne ? Apa taktik korang untuk dapatkan Buffered Earning jadah ni ? Bloggers yang pakai Heartbeat tu , income masyuk tak ? Kongsi sikit...Hahaha...Nite yall !
 

Designed by Alieff Artwork