Salam yall !
TIDAK PERLU MEREMPAT DI JALANAN LAGI. Tadi aku ade tengok berita kat TV3 tentang "Anjung Singgah". Korang tau tak "Anjung Singgah" tu apa ? Anjung Singgah ni sebenarnya rumah transit bagi golongan orang yang takde rumah dan takde kerja untuk duduk kat situ sementara menunggu dapat kerja dan tempat tinggal. Wahh! Hebatnya rumah ni !!
nak duduk rumah ni ? free je ! siap dapat kaunseling lagi
baca lagi...
Syabas to Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat sebab berjaya menubuhkan Anjung Singgah ni. Aku harap masyarakat malaysia yang bergelar gelandangan tu bersyukur dan ambil lah peluang yang ada dengan menggunakan servis ni dengan baik.
Usaha macam ni lah baru selaras dengan moto "rakyat di dahulu kan, pencapaian diutamakan" wah...memang best ! Lepas ni harap harap berkuranglah orang yang merempat kat jalanan tu yer. InsyaAllah jenayah pun akan berkurang kalau program ni berkesan = )
No telefon jika sesiapa yang berminat nak pergi rumah Anjung Singgah : 03-2616 5600.
Alamat dan Cara Pergi Anjung Singgah : Jalan Hang Lekiu ,
9 April 2011
Sebuah pusat sehenti itervensi bagi menangani isu masyarakat gelandangan di ibu negara siap untuk memulakan operasi bagi menangani isu golongan itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan, pusat itu yang akan menyediakan perkhidmatan secara holistik bakal menjadi titik penting dalam sejarah kebajikan negara.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil/Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Walaupun kita ada rumah-rumah kebajikan, kita rasa tempatnya memang padat. Daripada maklumabalas, Puspa, KSU, media dan lain-lain, kawasan ini memang banyak homeless. Sudah jadi kebiasaan kepada mereka dan tak tahu nak kemana nak pergi. Maka bermulalah perjalanan kami untuk siapkan rumah kepada mereka."
Pusat sehenti intervensi ini dinamakan sebagai Anjung Singgah. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kegunaan golongan gelandangan sebagai pusat transit. Pusat sehenti ini akan ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara, YKN.
bagus jugak inisiatif ni.. harap2 akan dpt tolong golongan org tersebut...
ReplyDeletebagus jugak ada tempat cam ni,..
ReplyDelete