Wee Soo Yen, Dapat Anugerah Perdana Maulidur Rasul !

Salam !

Ingat lagi tak pasal adik manis comel lotey Wee Soo Yen yang cemerlang dalam Bahasa Arab aritu ? Dengar cerita adik ni dapat anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2011 ni. Wow, cayalah ! Bangsa cina pun boleh dapat anugerah macam ni kan...sungguh disegani = )


Feeling Lucky?

Nak tahu berita lanjut ? Baca kat bawah ni ok = )



Sumber disini :Utusan
Dr Hayei penerima anugerah perdana Maulidur Rasul 2011 - 15/02/2011 11:43am - Oleh ZULKIFLI JALIL
PUTRAJAYA 15 Feb. – Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011 hari ini.
Beliau menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong pada majlis sambutan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang aditerbitkan oleh Jakim.
Dalam pada itu, enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.
Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. – Utusan
Tahniah Wee Soo Yen !

Comments

  1. owh..tahniah2..ptot dicontohi even dia bangsa lain..

    ReplyDelete
  2. rasa malu bila kite pon tak pas bahasa arab waktu sekolah rendah dulu :(

    ReplyDelete
  3. mmg hebat .. tahniah untk beliau

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk beliau. sangat memalukan..saya tak mampu berbahasa arab.

    ReplyDelete
  5. Tahniah adik Wee Soo Yen.....

    ReplyDelete
  6. erksss..CINA yg cermelang dlm bhs arab ea
    okeh..now aku MALU dgn diri sendiri..sobsobsob

    ReplyDelete
  7. Cina kelantan ada ciri2 melayu..dgrlah dia cakap haritu.. fasih sungguh cm melayu tulen

    ReplyDelete

Post a Comment