SJK (C) Sam Yoke, Hari Pertama Sebagai Guru !


Salam ! 
 Gong Xi Fat Choii !
 Pegi sekolah je dapat Ang Paw ye, Cikgu Nurul ?
 Untung woo dapat Ang Paw kat sekolah !


Zǎo shàng hǎo Lǎoshī (selamat pagi, cikgu) ! Entah betul ke entah tak Google translator nih ! Hahaaa Anyway harini aku nak cerita pengalaman pertama aku sebagai guru di SJK (C) Sam Yoke !


Betapa kecewanya aku semalam sebab tak dapat mengajar di SK Pengkalan Tentera Darat, tapi takpe... aku redha mungkin ada hikmahnya aku mengajar di sekolah jenis cina ni...

So pagi tadi dengan harapan baru, aku dengan mak aku pergi ke JPWP (Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan) untuk ambil surat penempatan baru.  Lepas tu baru shoot ke SJK (C) Sam Yoke.B agi aku, perjalanan ke SJK (C) Sam Yoke ni takdelah susah mana sangat pun ! Macamana lah aku boleh sesat barat semalam !

Cara Pergi Ke Sekolah SJK (C) Sam Yoke :
Amik Jalan Loke Yew, 
Masuk ke Bulatan Pudu 
Kemudian ambil Jalan Jublee, 
Sekolah dalam area perumahan Apartment PPR

Kali ni aku tak gabra bila sampai sekolah. Cak cak ! Cikgu Nurul dah sampai ni...siap bawak mak tersayang lagi tu ! Sampai sampai je aku terus di sambut oleh Security Guard sekolah. "Cikgu baru di sini ye ?" Aku, "Aah...hehehe...terima kasih" (dalam hati, amboi kedatangan aku ni macam dapat dihidu je).Kemudian aku terus ke Pejabat Sekolah untuk lapor diri kat Guru Besar. Jeng jeng jeng...Guru Besar dia cikgu cina, Madam Lee namanya !

Hah, amik ko..bahasa cina tu ! Bilik Guru Besar (Jiàoshòu shì)

eh eh, tu ke guru besar ? 
bukanlaa itu mak besar ! mak aku ler = ) sanggup teman tuuu !

ok, menunggu dengan penuh harapan baru yang kedua kali !

sambil sambil tu ambil angin kawasan sekolah yang indah permai !

depan dan belakang sekolah Apartment baru dan tinggi...UuuUuu

budak budak pergi rehat, cantik je kawasan koridor sekolah

sempena Chinese New Year, sekolah pun banyak tanglung ! = ) interesting !

eh eh eh budak budak dah habis rehat laaa ! cakkk ! cium cikgu cepat !

aala aala tomey nye diaa cute gitu !

ramai juga budak budak melayu =)

Hah, lepas ni aku kena belajar serba serbi bahasa mandarin dan cara nak menyebut bahasa ni. 
Seronok tak ? Korang tau tak camne nak bace? hehehe...

Cantik laa sekolah ni. Budak budak pun tak ramai sangat. So senang nak handle !

Lepas dah berborak dan lepak dengan Guru Besar, aku pun dibawa ke PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). Jadi akhirnya aku berada di tempat yang betul, which is aku akan mengajar kanak kanak berkeperluan khas kat SJK (C) Sam Yoke ni = ) Cool ! 

Program PPKI sebenarnya baru dibuka kat sekolah ni, so everything is new , tak banyak kemudahan dan perabot dalam kelas masih lagi kosong. BBM (Bahan Bantu Mengajar) ada dua tiga ketul je. Yang banyaknya kertas A4 dan kertas kertas warna. LCD ? Haram takde. Radio pulak rosak. Classroom ada 3 buah (High, Average, and Low). Budak budak PPKI semua bangsa cina dan berjumlah 30 orang. Erk..aku susah nak ingat semua nama budak cina ni...hihi, kalau nama british london tu sonang la den nak menghafal nye !

Tapi ada yang paling cool ! 

Guru Pendidikan Khas kat sini cuma ada 5 orang (termasuk aku yang baru datang) Hahaha...memang aku diperlukan sangat sangat laa kat SJK (C) Sam Yoke ni ! Nak tahu tak 5 orang cikgu tu siapa ? Madam Lau, Miss Lee, Cikgu Ecah (merangkap classmate aku), Cikgu Nurul (aku la sape lagi !) dan jeng jeng jeng ... Cikgu Hafiz ! Gila tak sangka aku kenal Cikgu Hafiz, dia ni merangkap cikgu senior aku masa aku Praktikal kat SK Lelaki Jalan Batu masa final year zaman belajar dulu = ) Cayalah...

Flash back dulu dulu kenal Cikgu Hafiz.
Guru pembimbing kat SK Lelaki Jalan Batu. Haha, now bekerja sama dengan aku !

Ok, masuk kelas observe Cikgu Lee mengajar moral dalam Bahasa Cina.

Madam Lau merangkap Penyelaras PPKI kat sekolah SJK (C) Sam Yoke ni.

Eh, eh mak aku pon ade ! Ecah dan jadi best friend aku forever secara rasminya ! Diorang ni tengah menelaah buku Moral dalam bahasa Mandarin. Ada translate dalam bahasa English. So boleh faham laa ape yang Cikgu Lee ajar tu =)


Hah, jom ikut sama sama ! Leh belajar bahasa Mandarin hihihi...Cau Cin Peng !!

Cikgu Hapiz, Bro senior aku...hahaha takde geng !

ala ala mucuk cute miut ! =) Budak Budak PPKI nak balik dah. 
Budak PPKI balik pukul 12.00 tengahari tau !

Kitorang sama sama menguruskan budak budak PPKI masa waktu balik..

Hahah ! Best giler...waktu balik tu tiba tiba ramai mak bapak bagi aku dengan Ecah Ang Paw. ! Oh, sempena Raya Cina ya? Aku lupa pulak...hihihi. Aku pun menerima dengan besar hati...(sape yang taknak Ang Paw kan cis korang ni macam tak paham paham plak !) So happy !

Duit Raya Aidil Fitri pun aku tak pernah dapat, 
so agak teruja bila dapat duit Hari Raya Cina !


Aku dengan Ecah ! Sila panggil Cikgu Nurul dan Cikgu Aisyah yer ! Tahniah la weh, Im so happy dapat geng kat sekolah sama pulak tu ! Miracle la weh...


Eh ada budak kene denda duduk koridor masa sekolah abis. !

Mak aku happy sebab Guru Besar cakap dia nampak muda remaja gitu ! Lepas tu ada parent cakap aku dengan mak aku adik beradik. ! Apakahhh ! She is my mother laaa  =)


Ecah dengan tulisan mandarin. Paham ke? Buat buat paham la woi !

Aku pun nak baca tak reti..camne nak baca ni weh !!

Ape bende kat tepi tangga ni weh ? Kot kot (hati hati naik turun tangga, kalau jatuh padan muka)

Ni sumbangan orang kat sekolah ni kot..

Selamber je belasah amik gambar, padahal tak tau apebenda kat belakang tu !

Ecah bergambar dengan Tanglung pulak !

Pokok pokok pun ada dapat Ang Paw ke ? Hahahah...

Kesimpulannya, aku memang agak teruja dengan SJK (C) Sam Yoke ni. Memanglah pada mulanya rasa brat hati nak pegi sebab tak pernah ada pengalaman pergi sekolah cina. Tapi bila da tengok environment dan semuanya ok, ada geng pulak tu, so rasa cool dan lebih bersemnagat nak mencurah bakti kat sekolah SJK (C) Sam Yoke ni !

P/s : Sah sah laa aku tak makan kat Kantin Sekolah yer. Memang orang cina yang masak dan jual makanan kat situ. Aku tak pasti budak budak melayu aliran perdana tu makan kat situ atau bawak bekal. Mulai esok aku memang kena bawa bekal makanan sendiri, so agak leceh di situ : ( 

P/ss : Esok pasti bersemnagat untuk bekerja ! Malam ni nak sediakan bahan untuk anak murid lah. Hihi...lama dah menganggur ni macam tak biasa pulak buat kerja yer. Amboi biasa dia tuhh !

P/sss: Post bapak panjang giler seh ! hahaha, jika aku larat menulis, jadi kamu semua pasti larat membacanya ! Lol !



Feeling Lucky?

Comments

  1. cikgu bawak bekal esok eh..hehehe..yeay..da ok :)

    ReplyDelete
  2. wah..nanti hang pun boleh cakap cino la kan! =)

    ReplyDelete
  3. @Aezlika


    yeyyy tengs aez sbb bg semangat semalam ! ohyeahhhhh ! im happy

    ReplyDelete
  4. @[z@ck]


    cau ci pet ! apek kong kong ! ehhh tu yang aku tauu hahah kene belaja laa zek

    ReplyDelete
  5. selamat kembali ke sekolah..
    untung la sis nanti boleh belajar bahasa mandarin pulak..

    tang makan tu,jimat la pulak pas ni ae..


    =)

    ReplyDelete
  6. yeayyy hari ni macam lagi best dari semalam =)) angpow =)) heheee

    Happy Teaching Teacher Nurul =))

    ReplyDelete
  7. hehe.
    ble ada org kata awak n mak mcm adik beradik..
    awak patut rasa sedih sikit..
    ala,knp saya nampak dah berumur ke?
    tapi,mak awak mesti rasa happy sebab nampak muda. :D

    btw,dlm gambar tu budak melayu pun bw bekal..
    tak pe la cikgu, bawa bekal tiap hari..
    lebih jimat..
    boleh simpan untuk belanja kahwin nanti :)

    p/s: dapat banyak ke isi angpau? sebab orang cina kan selalu bagi banyak

    ReplyDelete
  8. hehe..okla kan..jangan la sedih2..best je nampak skolah ni~

    ReplyDelete
  9. aiii cikgu...anda di tag!!

    http://eityzaty.blogspot.com/2011/02/contest-senyum-tak-nampak-gigi.html

    ReplyDelete
  10. yeay. baca sampai habis :)

    ee.. dah jadi cikgu ke rupanya? lama tak baca blog tup2 dh jd cikgu :D anyway, goodluck!

    ReplyDelete
  11. wah
    1st day dapat angpow
    memang bertuah
    uish
    pasnih
    leh la practice Mandarin dengan aku

    Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan...

    wah, bestnyer jadi cikgu..pengalaman pertama :)

    saya follow sini..
    sy da tinggalkan link di ruangan bloglist

    ReplyDelete
  13. wahhhh...
    congrats neo!! ^^
    akhirnya..dah jadi cikgu secara official.

    ReplyDelete
  14. tahniah utk kau!!!
    (=
    cita2 aku nk jd cikgu x ksampaian.
    wuwuwu..
    so, kau yg bruntung nie...
    teruskan usaha kau!
    (=

    selamat pagi cikgu!!
    eh2..
    silap..~

    Zǎo shàng hǎo Lǎoshī...!!
    haha

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah..keciknya dunia ni....hehehehe....hari tu baca sekali-lalu...patutlah macam perasaan tu kuat...kita duduk kat Flat tu je cikgu...tu blog yg nampak tangki air tu...rumah kita kat situ je...hohohoho..ade kesempatan leh jumpa eh...siap bercita-cita ada anak nanti nak hantar sekolah situ je.....wah....serius..ade rezki kita jumpa yea...heeeee

    ReplyDelete
  16. Haha, funny disitu lah cikgu :) Teringin nak masuk sekolah cina.. Tapi sekarang dah mcm jauhhh jer cita2 tu :'D Sedeyh ni sedeyhh . Haha, good luck yer cikgu..
    #saya dilabel sebagai anak murid. Bukan cikgu lagi yer....

    ReplyDelete
  17. minat sama cikgu silampuneon

    ReplyDelete

Post a Comment