Sembahyang Waktu Sakit !

Salam !


Solat. Ada antara kita yang pentingkan solat, ada antara kita yang halai balai je dalam bab solat. Korang dalam kategori mana ? Ada orang..kat rumah dia solat..tapi kalau luar rumah dia malas nak solat. Lagi lagi bila dah keluar happy happy dengan kawan kawan. Langsung tak peduli bab solat...Sejauh mana solat ni penting bagi korang ?

Kalau korang sakit, korang sembahyang tak ?



Feeling Lucky?



Alasan sakit, malas dan penat untuk solat kenapa itu yang dijadikan penghalang dalam solat ? Orang yang sakit pun dituntut melaksanakan solat, kenapa korang masih beri alasan sakit, malas dan penat tu ? Allah ni bahan mainan ke sampai korang boleh buat sebegitu sekali ? ...

Padahal Allah itu pencipta kita, dan kita ni hanya hambanya yang lemah, kenapa kita tidak lakukan tugas kita untuk sujud kepada nya ? Hebat sangatkah kita tinggalkan solat lima waktu sehari semalam, hebat dan kebal sangatkah kita untuk menghadapi seksaan kubur dan seksaan dalam api neraka nanti ?

Solat itu tiang agama. Aku selalu pegang kata kata ni. Kalau hancur solat lima waktu ko, hancur gak lah peribadi dan hidup ko. Sebab asasnya pun ko tak buat...manakan ko dapat hidup dengan tenang tanpa berkat dari Pencipta ko ? 

Namun tak perlu lah kau menunjuk nunjuk solat mu itu. Allah tahu apa yang korang buat, apa niat korang semasa korang solat. Sekadar berlakon ? Sekadar memuaskan hati orang ? Sekadar melengkapkan aktiviti harian...atau korang lakukannya sebab korang betul betul inginkan keberkatan hidup dari Allah. Biarlah Allah mengadili solat yang korang kerjakan itu. 

Sembahyang Orang Sakit

Orang yang sakit tidak terlepas daripada tuntutan wajib sembahyang fardhu. Dia tetap dituntut mengerjakannya dengan apa jua yang terdaya olehnya tanpa meninggalkan sebarang rukun fi‘li sembahyang kecuali dalam keuzuran. 

jadi dirikanlah solat , selagi korang diberi peluang hidup

jangan jadikan alasan sakit, penat dan malas dalam bab solat

kerjakanlah solat, kukuhkan tiang agama mu...

Ya Allah, kau terimalah solat ku ini. Terimalah amal ibadat ku Ya Allah. Aku bersyukur kepada mu kerana memberi peluang kepadaku untuk beribadat...Jika aku ditakdirkan mati, matikan lah aku dalam iman..Ya Allah, kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami kepada jalan yang benar yang kau redhai...Sesungguhnya kami hidup dibawah lindungan dan rahmat mu Ya Allah...Amin.

Comments

  1. selain cara duduk.solat ketika sakit cara baring pun boleh.kena ada rukuk juga dan sujud.

    # # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

    ReplyDelete
  2. biar apa cara sekalipun janji sembahyang...walaupun cuma mata sahaja yang mampu berkelip...
    sungguh kagum dengan nabi dan sahabat...sanggup merangkak untuk jemaah di masjid...

    ReplyDelete

Post a Comment