Perubahan Dalam Blog Silampuneon !

Salam yall.

Ape khabar semua, Yana, Sunny, Hazzy, Hazwan, Ijat, dan ramai lagi blogger blogger yang aku rindui tuh. Mintak maaf lah sebenarnya memang takde mood nak berbalas komen sejak dua menjak ni. Aku jenguk blog korang tanpa meninggalkan jejak. Anyway, blog silampuneon dah ada 2016 orang followers. = ) Terima kasih korang yang menyokong blog ni dari dulu sampai sekarang  !


Perhatian, aku nak buat pengumuman ni...

Aku nak buat pengumuman sikit. Blog ni mungkin akan ada seorang lagi penulis baru. Samaada kawan aku tu nak mula menulis di sini dalam waktu terdekat atau tidak, aku pun tak pasti. Yang pasti aku dah invite beliau.

Kenapa aku tambah penulis ni ? Sebab utamanya kerana aku nampak perjalanan hidup dia menarik untuk dikongsikan di sini. Beliau ade hobi yang menarik, perwatakan yang pelik pelik, pandangan dan pendapat beliau ni selalunya matang dan berbeza sikit dari orang lain.  So, aku harap sudi sudilah kongsi cerita, pengalaman dan hobi beliau dalam blog ni.

Anyway, aku nak buat pembaharuan sikit kat blog Silampuneon ni. Lepas ni takde lagi entri mengarut ngarut daripada blog ni. Maklumlah, aku pun dah nak masuk ke alam pekerjaan kan, entri kenalah nampak matang selaras dengan umur aku ni. So...anjakan paradigma harus dilakukan masa demi masa. Thanks laa to all of you yang menegur secara makan dalam dan makan luar tu.

Aku harap untuk berubah, korang plak camne = )


Feeling Lucky?

Comments

  1. harap x buat perubahan yg byk kat segment masak n tutorial...^^

    ReplyDelete
  2. umur bukan penghalang neon..apa aku merepek ni
    alah kalau mengarut-ngarut sket apa salahnya
    barulah fun...

    ReplyDelete
  3. wow! baru nk melangkah alam keje? gd luck!!!

    ReplyDelete
  4. hehehe....besar perubahan tu...semoga berjaya,heheh

    ReplyDelete
  5. salam kak neon...
    cm ne nak wat button home, segment yg mcm dlm blog akak nie???
    tengah upgrande blog pendidikan saya sebenar ye...

    ReplyDelete
  6. Perubahan yang bagus ni Cik Neon!! ;)


    samalah aku pun sentiasa cuba jadi lebih baik..

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua kerana sudi menyokong saya =) sayang korang..

    ReplyDelete

Post a Comment