Thursday, February 17, 2011

Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) , Teacher Lulu !

Salam !


Psst, kalau dulu masa aku mengajar di Kindergarten budak budak cina panggil Teacher Wuwu, sekarang ni lain pulak bunyi nya. Makin pelik ! Nak tau ape nama diorang panggil aku ?


Anak anak murid aku kat SJK (C) Sam Yoke ni panggil aku Teacher Lulu ! Sorang dua je yang boleh sebut "Nurul" dengan baik...adui ! Ok takpe...tetiba geli hati lak tengok lidah budak budak aku tu menyebut Lulu, lulu, lulu !
Anyway, dah masuk minggu kedua dah aku bergelar guru di SJK (C) Sam Yoke ni... Perasaan aku ?
Hahaha, hampir lupa semua skills nak mengajar budak budak khas. Maklumlah, dah berapa bulan cuti dari mengajar ! Cara nak tulis dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pun aku dah lupa. Terkentut cirit aku dibuatnya masa nak menulis dalam Buku Biru yang tebal nih...
 Buku rekod pengajaran harian. apakah tulisan cina itu !

 Nak tulis pun menggigil sebab tak pernah tulis seringkas ini...lol !

Nampaknya aku akan bericnta dengan buku ni sepanjang tahun !
Amacam, hebat tak nickname baru aku kat sekolah ni ? Hahahaha...Teacher Lulu !


Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork