Tuesday, February 22, 2011

Budak Cina Pandai Azan !

Salam.

Budak cina azan ?
Gambar dari : Lifemuallaf

Benda ni terjadi masa aku kat sekolah tadi. Masa tu aku tengah lepak lepak kat meja guru lah. Sepertimana yang korang tahu, anak anak murid aku semuanya berbangsa cina dan semua non-muslim. Tengah sedap sedap aku melepak tu tiba tiba...

Tiba tiba aku terdengar...
Allahu Akbar,
Allahu Akbar !
Allahu Akbar,
Allahu Akbar !
Ash hadu an la ilaha illal lah...!

Feeling Lucky?

Bunyi tu datang dari salah seorang murid khas aku. Eh eh eh, dia tengah azan pulak. Memang time tu tengah waktu zohor...memang cantik pun dia azan time tu. Tapi serius terkejut giler...budak cina tu Autisme, suka cakap sorang sorang, senyap je dalam kelas tiba tiba azan pulak. Mana aku tak terkejut...Nanti kat entri lain aku tunjuk korang muka dia ok = )

Credit gambar : Lifemuallaf
 

Designed by Alieff Artwork