Bottle Of Hope @ Wishing Bottle !

Salam !

Pernah rasa diri down sangat sangat tak ? Takde tempat mengadu, takde tempat rasa nak share isi hati dan masalah...kemudian rasa lost dalam diri sendiri. Kalau korang rasa macam tu..Apa kata korang buat Bottle Of Hope aka. Wishing Bottle macam yang aku buat ni. Ni kali pertama aku cuba buat..asyik je buat benda alah ni...sampai jadi addicted = )

Cara Mengembalikan Semangat dengan Bottle Of Hopes !



Feeling Lucky?
Apa sebenarnya Bottle Of Hope aka. Wishing Bottle ni ? Botol harapan ni sebenarnya botol kaca yang mengandungi surat surat harapan yang digulung kecik kecik dan diikat kemas. 

Nak tengok tak betapa gigihnya aku buat Bottle Of Hopes ni ? 


Dalam surat harapan tu, korang boleh tulis...harapan, nasihat, kata semangat, peringatan dan macam macam lagi kata kata yang boleh meransang semangat korang, dan boleh mengembalikan senyuman dan keyakinan dalam diri korang untuk menempuh hari hari yang mencabar. 

Takde siapa inspired aku buat Bottle Of Hope ni. Aku yang tetibe teringat nak buat. Aku set, titiap hari sebelum aku pergi kerja, aku nak baca satu surat harapan dari Bottle Of Hope aku ni. = )

Guna botol bolognese yang buat spaghetti pun boleh..atau botol mayonise

cubaan gulungan pertama...huhu belum expert lagi ni..

sediakan kertas warna kepingan kecik macam ni...cantik warna warni

tulis segala kata perangsang yang korang nak..banyak kat internet...salah satunya berbnuyik macam kat bawah ni : Its not what happensto you, but how you react to it that matters.

tulis banyak banyak kata perangsang dulu baru boleh gulung kertas tu..

lepas tu gulung kertas perangsang tu..gulung semua dulu baru ikat pakai benang hitam

masukkan kapas terlebih dahulu..nak bagi cantik

gunakan benang hitam untuk menggulung kertas harapan

hasil gulungan yang kemas dan gigih dari neo..

dah siap menggulung ? hahaha menguji kesabaran betul laa = )

masukkan dalam botol harapan korang..

bottle of hope aka wishing bottle neo =)


Botol da penuh dengan kata kata peransang

Bottle of hope letak kat atas meja study korang...tempat korang bekerja hari hari
 Cuba lah sendiri = )

Tadi jalan jalan kat Youtube, terjumpa video ni : Cara Buat Bottle Of Hope / How To Make Bottle Of Hope.



P/s : Semangat tengah hilang ni...time time nak masuk kerja pulak dia nak hilang. Huhu...gimme back my strength ! I want to be better woman = )

Comments

  1. Jom exchange bottle of hope haha

    ReplyDelete
  2. wuu cantik botol tu sebab colourful..boleh buat satu untuk aku? hehe

    ReplyDelete
  3. wah! wah! kalau rasa rajin, sila hantar satu ye..kat rumah amir.. hahaha...

    eh! eh! laptop kita macam sama je laa.. hahahah

    ReplyDelete
  4. wahh..bagus gak cara ni. bleh tingkatkan semangat. lepas baca tu, buang ke sumbat balik dlm botol? serius aku x paham sgt konsep bottle of hope ni

    ReplyDelete
  5. Wah! Terbaik! ^_^ Sy suka lekat di dinding...pagi2 boleh baca..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment