Monday, February 14, 2011

Alatan Jahit Sendiri !

Yuhuu !

Akhirnya aku dah punya barang kit / alatan menjahit sendiri. Hehehe. Ini baru alat jahitan jer. Belum punya mesin power lagi nak bikin baju...mesin jahit tradisional tu ade la, itupun belum repair. Sumpah tak sabar rasanya nak asah bakat menjahit ni hahahah...

Gambar : alatan menjahit

Gambar alatan menjahit : 
tali tape, benang, kapur, pembaris L, pembaris lengkung, gunting tajam, butang baju, dan zip,
kat mana aku beli alat jait ni : kat bandar kajang. Perniagaan Gamy (Banner kedai warna kuning)

Masalah aku ni satu je. Aku nak menjahit asal siap je cukup la..aritu aku kena sound dengan sis pro menjahit tuh. Dia kata, "jangan buat baju asal siap, akak memang pantang betul. kalau nak menjahit tu biar jahit betul dan kemas".

Hah ! Amik ko...sekelepek kena kat batang hidung hahahah. Sejak kena sound dengan kakak sis pro tu. Aku pun berazam nak menjahit dengan tekun dan jangan harap aku nak sebut " jahit asal siap " lagi. Keh keh keh buat malu jer !



Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork