Thursday, January 13, 2011

Sikap Cuai.


Yo hello, kawan kawan. 

Hari ni nak cakap pasal blur, tak cekap dan cuai...boleh kata semua yang aku senaraikan ni ada dalam diri aku. Korang pun tahu blur tu apa kan ? Kalau dalam bahasa kasar atau lebih direct, blur tu lembab, lambat, lampi !


 dont hate me, please help me : (

Blur. Tapi tu lah hakikatnya aku...Sometimes kalau orang ajak mengumpat pun jadi meluat sebab aku tak dapat pick up pasal kenapa seseorang tu di-umpat-kan. Kesudahannya, memang aku ni selalulah kena ayat pedas dari kawan-kawan " kau ni blur aah, malas cakap ngan ko ".

Cuai.Bukan saja itu, aku ni sangat cuai. Handphone aku barai...tak cukup dengan barai...handphone aku terjun masuk dalam jamban. Barang barang aku...tak pernah dapat hidup lama..kesian diorang, paling lama pun  1-2 tahun je..

Tak reti jaga barang. Bab pegang barang barang berharga ni jangan la kasi kat aku.. Aku teringat one time masa hari raya kat rumah sedara.  Aku tatang dulang penuh berisi cawan dan dulang tu terhempas bersepai dengan cawan-cawan tu. Sejak tu aku malas nak angkat dulang yang banyak cawan lagi..especially hari raya.

Kurang fokus. Lagi satu, aku tak fokus kepada benda yang takde kepentingan untuk aku. Misalnya kalau tengah berbual dengan seseorang, aku nampak macam fokus...tapi sebenarnya aku tangkap cuma dua tiga ayat je.. selebihnya aku mengelamun. Sebab tu la aku allergic dengan blog yang tulis panjang lebar tu...tambah lagi berkias kias...memang aku pening. Tapi aku gigihkan diri untuk baca dan komen...

When Im in a relationship. Siapa nak dengan awek yang clumsy macam aku ni kan ? Setiap lelaki nak kan kesempurnaan tu, seorang perempuan yang cekap, boleh buat kerja dengan baik, tak halai balai...Aku tak cekap dan tak dapat berikan yang terbaik, itulah kelemahan aku...

Im born with this ? Kadang-kadang memang aku nak sangat berubah untuk jadi lebih cekap dan tak cuai dalam buat sesuatu kerja. Tapi seolah-olah macam tak boleh pulak...macam Im Born With This. Phatetic kan ? Nak kata bismillah, kismis, doa penenrang hati dan  jantung semua dah baca dah...tapi tak lut jugak tabiat buruk ni.

Nak berubah. So korang, help me to achieve this new goal. Aku nak buang sifat blur, tak cekap dan cuai tu...Hurm..aku memang berharap sangat seseorang yang lebih cekap, lebih tangkas untuk memimpin aku sekarang. Bukan orang yang lagi blur dari aku ok... !



p/s : Pasal isu CAPSLOCK. Lepas ni aku cuba matikan Capslock aku bila komen kat blog korang k...mengalah je laa demi korang semua T__T hehe.


p/s/s : Tak guna tulis benda ni, korang bukan baca pun ! Nyettt.



Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork