Penempatan Guru 2011 Part 2 *Updated*

Salam !
 
Anda bakal guru yang resah tiada kerja ? Sedang menganggur duduk meringkuk di rumah menghabiskan duit mak bapak ? Ya, baca surat feedback dari Kementerian Pelajaran Malaysia ni. Semoga persoalan anda terjawab.

Sila baca surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah.

Penempatan Pelajar-Pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

Credit :  Alia Shafinie

Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan No. Rujukan: KPKPM 152044 / No. Tiket 04350 bertarikh 4hb Januari 2011 berkaitan dengan penempatan pelajar-pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Untuk makluman, tiada tarikh yang telah ditetapkan untuk tawaran penempatan bagi pelajar-pelajar lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Walaubagaimanapun, tawaran penempatan tersebut akan boleh disemak melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di http://www.moe.gov.my/ dan akan dihantar menggunakan surat tawaran rasmi melalui perkhidmatan pos.
Untuk pengetahuan tuan juga, penempatan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan.

Oleh yang demikian, adalah disarankan untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkembangan penempatan pelajar-pelajar lepasan Institut Pendidikan Guru atau Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM. Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

ROSMAINI BIN SIRAJUDDIN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia



 
Feeling Lucky?

Comments

Post a Comment